Monday 7 April 2014

NOTIS PERATURAN MESSYUARAT -PENCULIKAN DI SINGAMATA REEF RESORT SEMPORNA

 By Admin
Monday April 07.2014


 "Surat Terbuka Kepada Editor


Notis Peraturan Mesyuarat 18 – Penculikan Di Singamata Reef Resort Semporna


INI adalah untuk memberi notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (2) untuk usul membincangkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sabah khasnya yang perlu disegerakan seperti berikut:

“Bahawa Dewan mengizinkan YB Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai 

 2. Isu pencerobohan dan jenayah di perairan Pantai Timur Sabah telah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu, Kumpulan Abu Sayyaf telah menceroboh dan menculik 21 orang pelancong di Pulau Sipadan. Pada awal tahun 2013, pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu telah menyebabkan kematian beberapa anggota keselamatan.

3. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang ditubuhkan juga tidak menunjukkan keberkesanan dalam membenteras masalah pencerobohan atau jenayah dari berlaku. Pada 27 Ogos 2013, kapal nelayan telah dirampas di perairan Semporna. Pada 4 November 2013, kapal nelayan telah dirampas di perairan Kudar. Pada 15 November 2013, seorang pelancong dari Taiwan dibunuh dan seorang lagi diculik. Pada 1 April 2014, sekali lagi penculikan telah berlaku apabila seorang pelancong dari Negara China dan seorang pekerja di telah diculik di Singamata Reef Resort Semporna.

4. Walaupun ESSCOM mendapat peruntukkan yang besar tetapi kesannya amat mengecewakan. Saya pernah bertanya kepada Perdana Menteri pada 25 September 2013 

 5. Oleh yang demikian, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana wang rakyat (public fund) telah digunakan dalam ESSCOM. Persoalan dan masalah yang timbul atas kegagalan ESSCOM mestilah dibincang di dalam dewan rakyat kerana ini ialah public interest 

 6. Dewan ini juga harus membincang perkara ini untuk mencari penyelesaian yang lebih baik 

 7. Kerajaan telah mengumumkan tahun 2014 sebagai tahun melawat Malaysia (Visit Malaysia 2014). Oleh itu, perkara ini sudah tentu menjejaskan imej negara dan keyakinan pelancong asing untuk melawat Malaysia khasnya di Sabah. Oleh itu, perkara tersebut mempengaruhi industri pelancongan dan ekonomi kita.

 8. Oleh itu, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ditangguhkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan perkara tertentu berkenaan dengan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan pada 7 April 2014.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Y.B. Wong Tien Fatt
Ahli Parlimen P.186 Sandakan

No comments:

Post a Comment