Tuesday 8 April 2014

MP SANDAKAN DAKWA ESSCOM GAGAL MENANGANI PENCEROBOHAN-PENCULIKAN DI SABAH

Written byu Admin
Tuesday April 08.2014

OLEH: AZMI AZMAN


SANDAKAN:- Kes  penculikan di Reef  Resort Semporna telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk Sabah kerana fenomena ini bukan sekali  berlaku tetapi kerap kali seolah-olah ada dalang disebaliknya yang melakukan perbuatan jenayah tersebut.

Dalam pada  itu Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt telah mengemukakan  usul berkaitan dengan peristiwa penculikan yang berlaku di Semporna di Dewan Rakyat pada 4hb April 2014.

Beliau berkata bahawa penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan dan ESSCOM telah gagal dalam menangani isu pencerobohan dalam  menjamin keselamatan penduduk di pantai Timur Sabah.

Wong  menegaskan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang ditubuhkan pada bulan April tahun lalu dengan peruntukkan sebanyak 110 juta dan dalam pembentangan belanjawan tahun 2014,  Perdana Menteri telah memperuntukan sebanyak 75 juta bagi pengurusan ESSCOM dan sebanyak 11 juta untuk menambahbaik dan membaikpulih kemudahan-kemudahan di ESSCOM. Namun begitu, pada ketika ini, ESSCOM langsung tidak menunjukkan kesan yang positif.

Pada kesimpulannya  Stephen Wong juga memberi contoh - contoh yang relevant dengan usul beliau, iaitu pada 27 Ogos 2013, kapal nelayan telah dirampas di perairan Semporna; dan pada 15 November 2013, seorang pelancong dari Taiwan dibunuh dan seorang lagi diculik. Inilah berlaku di Pulau Pom-pom, Semporna di Pantai Timur Sabah; dan juga baru - baru ini kes penculikan yang berlaku di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna. Apakah alasan dari pihak Kerajaan BN mengenai kes - kes jenayah ternyata walaupun ESSCOM telah ditubuh sejak setahun yang lalu?

Pada masa yang sama, beliau juga mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi mengenai kes penculikan yang berlaku di Semporna baru - baru ini, bahawa memberi cadangan untuk menutup resort tersebut. Soalannya, adakah jalanraya sepatutnya ditutup, jika berlaku kemalangan jalanraya? Adakah semua pesawat sepatutnya dihentikan serta merta sekiranya kemalangan pesawat berlaku?

Wong merujuk kepada Timbalan Menteri Dalam Wan Junaidi merupakan seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan kekurangan kebijaksanaan, sama sekali tidak sesuai untuk dijadikan Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Orang ramai berpendapat ekoran kerap kalinya berlaku penculikan di perairan kepulauan Semporna ini menjurus menghilangkan kepercayaan dan kebimbangan dari segi tahap keselamatan kepada para pelancong luar untuk melancong ke Sabah khususnya di Semporna kerana keselamatan mereka  pastinya sudah tidak terjamin.

No comments:

Post a Comment