Thursday, 10 April 2014

KETUA PEMANDU R6 KUDA ANAK NGELAI AKAN BERSARA PADA 5-MEI INI

Written by Admin
Thursday April 10.2014


OLEH SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: - Saya mula bekerja di Jabatan Kesihatan Sandakan pada tahun 1980 jawatan yang saya sandang ialah sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan pada tahun 1984 saya telah ditukarkan di Klinik Pergigian Sandakan sebagai Pemandu R3.

"Pada tahun 2004 disebabkan prestasi perkhidmatan saya agak memuaskan saya telah dinaikan pangkat sebagai Ketua Pemandu R6 di Kolej Kejururawatan Sandakan sehingga kehari ini" kata seorang Ketua Pemandu R6 Kuda Anak Ngelai yang akan bersara pada 5hb Mei ini.

Kata Kuda kepada Wartawan Free  Sandakan Today petang tadi selama berkhidmat di Jabatan Kesihatan Sandalan dealam tempoh 34 tahun memang banyak berdepan dengan pelbagai cabaran.

Berikut teks ucapan persaran Kuda Anak Ngelai

TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN
KUDA  ANAK NGELAI
SEBAGAI KETUA PEMANDU  R6 KOLEJ KEJURURAWATAN SANDAKAN
PADA 5HB MEI 2014
_________________________________________


SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA

TERLEBIH DAHULU SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SAYA TELAH DIBERI KESEMPATAN DAN PELUANG UNTUK MEMBERI UCAPAN  SEPATAH DUA KATA DI MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN SAYA


TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI

YANG BERBAHAGIA PENGARAH BERUBATAN, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN KAKITANGAN JABATAN KESIHATAN SANDAKAN.

SAYA BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA KITA DAPAT BERSUA DAN BERTEMU ANTARA SATU SAMA  LAIN   BAGI MERAIKAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN SAYA PADA HARI INI DAN INI ADALAH KALI TERAKHIR KITA BERTEMU.

RASANYA SAYA AMAT BERAT UNTUK MELANGKAH  MENINGGALKAN DARI JABATAN KESIHATAN INI TETAPI MASA SUDAH TERLALU CEMBURU UNTUK SAYA BERADA DI JABATAN INI KERANA TEMPOH SUDAH MENCUKUPI SAYA BERKHIDMAT SEBAGAI KETUA PEMANDU R6 DI KOLEJ KEJURURATAWAN SANDAKAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI.

UNTUK MAKLUMAN DAN MENGIMBAU SEJENAK  BAHAWA SAYA MULA BERKHIDMAT DENGAN JABATAN KERAJAAN KHUSUSNYA DI JABATAN KESIHATAN SANDAKAN PADA  BULAN OGOS 1980 SEBAGAI  PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK) PADA TAHUN 1984 KEMUDIAN SAYA TELAH DITUKARKAN  SEBAGAI PEMANDU R3  DI KLINIK PERGIGIAN SANDAKAN, MUNGKIN DISEBABKAN PRESTASI KHIDMAT SAYA BAIK PADA 2004 SAYA TELAH DINAIKAN PANGKAT SEBAGAI KETUA PEMANDU R6 DI KOLEJ KEJURURATAWAN SANDAKAN SEHINGGA KELMARIN 4HB MEI 2014.

SEPANJANG SAYA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN KHUSUSNYA DI JABATAN-JABATAN YANG SAYA SEBUTKAN ITU SELAMA 34 TAHUN  SAYA BANYAK BELAJAR DALAM BEBERAPA ASPEK TERMASUK MENEMPUHI PENGALAMAN MANIS DAN PAHIT SAYA PERNAH MENGARUNGI  PELBAGAI  CABARAN DAN RINTANGAN YANG SAYA PERNAH LALUI IA SEBAGAI SATU PANDUAN UNTUK DIRI SAYA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

SELAMA SAYA BERKHIDMAT DARIPADA PERINGKAT ATASAN SAMA ADA PENGARAH, PEGAWAI DAN KAKITANGAN TERMASUK RAKAN-RAKAN SEJAWATAN DENGAN SAYA, MEREKA TELAH MEMBERIKAN LAYANAN YANG CUKUP BAIK JASA-JASA PARA  PEGAWAI JABATAN INI YANG TELAH MENAIKAN PANGKAT SAYA SEHINGGA AKHIR HAYAT SAYA TIDAK AKAN DILUPAKAN IA MENJADI KENANGAN ABADI BUAT SELAMA-LAMANYA.
SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA INI SEKALI LAGI SAYA INGIN BERPESAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEJAWATAN DENGAN SAYA  ANDA BEKERJALAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERITIKA, JUJUR DAN IKHLAS DISAMPING PATUH DENGAN ARAHAN-ARAHAN YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK ATASAN DEMI MENJAMIN KEUTUHAN KEPRIBADIAN DAN JATI DIRI YANG SEBENAR SEBAGAI SEORANG KAKITANGAN KERAJAAN SEPERTI YANG TERMAKTUB DI AKU JANJI YANG KITA LAFASKAN DAN KITA TANDATANGANI.


IZINKAN SAYA MENGUNDUR DIRI SEGALA MAKAN DAN MINUM TOLONG HALALKAN  DAN SEKIRANYA SAYA MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN DAN KESILAPAN MANUSIA MEMANG TIDAK LARI DALAM MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN SAMA ADA DISEDARI NAMUN SEBALIKNYA HARAP DIMAAFKAN DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT.


SEKIAN  SALAM PERPISAHAN DARI SAYA

KUDA ANAK NGELAI.

TEKS UCAPAN DISUSUN ATUR
PENGARANG KANAN
FREE SANDAKAN TODAY.COM
SAIMON S JUMADI BSK
H/P NO: 012-8066870-013-8882409
www. Freesandakantoday.blogspot.com
ssj/10042014

No comments:

Post a Comment