Wednesday, 9 April 2014

RAMAI ;LAGI PENJAJA AKAN JADI MANGSA KORBAN OLEH PARA PENGUATKUASA YANG SUKA-SUKA MEBEMBAK PENJAJA SAMPAI MATI



Written by Admin
Wednesday April, 09. 2014
OLEH: CHARLES P ANDIANG 

KOTA KINABALU: Tindakan tidak beretika sekumpulan penguatkuasa mengacukan senjata api kepada beberapa penjaja menyebabkan dua orang pengsan manakala ramai bertempiaran lari ketakutan di Pasar Tamu Nabawan adalah amat dikesali.
Persatuan Murut Sabah (PMS) memandang serius insiden itu kerana perbuatan mereka (penguatkuasa) mencemar nama baik masyarakat Murut, seolah-olah mereka (penjaja) telah melakukan perbuatan jenayah yang serius.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing (gambar), meminta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menjelaskan bentuk tindakan ke atas beberapa Penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar dan Mergastua berhubung insiden mengacu senjata api kepada orang awam di pasar mingguan itu pada 29 Mac yang lalu.
“Insiden ini serius kerana perbuatan penguatkuasa mencemar nama baik masyarakat Murut, apabila penjaja diacukan senjata api, seolah-olah mereka melakukan perbuatan jenayah yang lebih serius.
“Kita tidak mempersoalkan penguatkuasa itu membawa senjata api ketika bertugas, namun yang dipersoalkan, siapa mengarah mereka mengacu senjata api itu kepada penjaja yang terdiri daripada penduduk Murut miskin dan tidak berupaya melawan,” katanya kesal.
Menurut Taimin, ini jelas menunjukkan bahawa pegawai penguatkuasa itu tidak mengamalkan kod etika kerja yang betul ketika menjalankan tugas, malah mereka juga tidak menghormati adat resam suku kaum Murut.
Mereka katanya, mempersoalkan tindakan itu kerana masyarakat etnik ini hanyalah mencari rezeki halal untuk menyara keluarga masing masing,” kata bekas Ahli Parlimen Pensiangan semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) sekitar tahun 1990an itu.
Katanya, masih banyak ruang dan saluran yang betul jika jabatan itu mahu mendidik masyarakat itu supaya tidak meneruskan aktiviti memburu binatang liar, seperti yang diamalkan nenek moyang dahulu kerana zaman ini, sudah ada undang-undang melarang kegiatan itu.
Satu contoh katanya ialah mengadakan mesyuarat dan berdialog lebih kerap untuk menyelesaikan kepincangan dan menerapkan kefahaman di kalangan masyarakat kaum itu berhubung tujuan undang-undang diwujudkan dan kenapa ia dikuatkuasakan.
“Harus juga difahami bahawa masyarakat ini tidak akan faham larangan kerajaan mengikut Enakmen yang ada. Mereka perlu mengambil masa untuk menerima dan memahaminya.
“Sebaliknya, jika menggunakan kekerasan seperti yang dilakukan penguatkuasa jabatan itu baru-baru ini, ia bukanlah tindakan bijak menyelesaikan masalah tersebut,” tambahnya.
Dalam kejadian itu, sekumpulan penguatkuasa jabatan menyerbu pasar Tamu Sabtu di Nabawan sambil mengacukan senjata api kepada penjaja sayur dan daging buruan di situ menyebabkan orang ramai lari bertempiaran ketakutan manakala dua penjaja pengsan, dimasukkan ke hospital kerana terkejut.
Setakat ini sudah lima orang mati akibat ditembak oleh Unit Penguatkuasa tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.
Nampaknya nyawa manusia sekarang langsung tiada nilainya para penguatkuasa begitu sewenang-wenangnya membunuh kepada para penjaja dengan menggunakan senjata mereka baru polis tidak akan mengambil tindakan langsung
Ini kah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggalakkan kakitangannya khususnya para penguatkusa membunuh sesiapa saja yang mereka suka sebab tidak diambil tindakan langsung main biar saja kalau begini ramai lagi para penjaja jadi nahas korban oleh para penguatkuasa bertindakan ganas ala Israel atauy Yahudi



No comments:

Post a Comment