Written by Admin
Sunday April 06.2014
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO:
SAFFIE S JUMADI
Dilihat dari aspek fungsi dan dorongan cenferong untuk membantu masyarakat
yang berpendapatan rendah dan juga kebajikan hal ehwal wanita seperti ibu tunggal
dan lain-lain aspek.
Selain itu program ini juga melibatkan hal-hal seperti membantu mangsa-mangsa Bencana Alam dan turut menyumbangkan pada yang
memerlukan seperti taufan dan
sebagainya.
Menurut
Datin Halimah program tersebut dianjurkan
bertujuan untuk menyedarkan kepada masyarakat tentang indahnya Hijab, selain
itu menggalakan kaum wanita Muslimah untuk menutup aurat dengan sempurna.
Program yang diadakan di Dataran MPS pagi tadi telah
disempornakan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong ini atas jemputan
kehormat pihak penganjur.
Wong yang ditemui oleh media menjelaskan sebagai
Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat jelata beliau tidak kira mana-mana badan
NGO di negeri ini khususnya di Sandakan yang memerlukan khidmatnya tiada halangan.
“Kita sebagai rakyat dan satu bangsa Malaysia tidak
kira siapa mereka yang ingin mendapat bantuan kita bantu yang termampu sebab
kita berkhidmat untuk rakyat jelata tanpa mengira fahaman idologi politik” ujar
Wong.
Wong juga memuji usaha murni gerak kerja Persatuan
tersebut yang berfungsi untuk membantu mana-mana yang ditimpa musibah dan
bencana alam sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana sudi menjemput seterusnya melancarkan program I Love Hijab.
Turut hadir ialah Pegawai Khas I dan II kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsil Liew dan Dayang Zubaidah Datu
Tahil.
No comments:
Post a Comment