Monday, 28 April 2014

NORAINI SULONG DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA (MPWK) P186 SANDAKAN



Written by Admin
Monday April 27.2014

CETUSAN DARI MEJA  PENGARANG KANAN (FST)
SAIMON S JUMADI



SATU lagi kejayaan  dan anugerah yang telah dicapai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong yang boleh dibanggakan untuk dikongsi  bersama semua ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan  atas pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri  (MPWKN) bagi Parlimen P186 Sandakan oleh Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa pada 15 April 2014.


Kejayaan yang telah dikecapi oleh Ketua Wanita UMNO Sandakan  untuk menjawat-jawatan tersebut ia merupakan satu penghormatan atas kewibawaan kepimpinannya yang begitu menyerlah dan mantap walaupun baru beberapa bulan saja menyandang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini telah berjaya dalam melaksanakan tugas-tugasnya dengan penuh didikasi tanpa mengamalkan birokrasi.



Syabas dan Tahniah atas kejayaanmu ini satu lagi amanah dan tanggungjawab baru yang harus dipikul semoga  dapat dilaksakan dengan sebaik mungkin untuk membangunkan para kaum wanita.


Sebagai pemimpin dalam politik kita harus mempunyai sifat-sifat rendah diri, bersikap  sabar tabah hati cekal walaupun diluar sana banyak tekanan dan sebagainya hadapi dengan tenang jangan menggelabah jalankan tugas dengan penuh semangat dengan didikasi  seperti yang telah diamanahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khususnya di bawah olahan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia ( LPPKN)

Saya percaya Noraini mempunyai kemampuan untuk mentadbir dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi MPWK di kawasan Parlimen Sandakan untuk merealisasikan pelbagai aktiviti yang menjurus bagi  membangunkan kaum wanita dalam pelbagai sudut aspek khususnya dalam  meningkatkan  sosio ekonomi untuk penduduk setempat.




No comments:

Post a Comment