Wednesday 23 April 2014

PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI PERTIKAIKAN MAHKAMAH ENGGAN DENGAR RAYUAN ANWAR

By Admin

Wednesday, April 23.2014

PERKASA STAFF

Kenapa dibiarkan penjenayah sesuka hati mercerca pihak-pihak tertentu dan burukkan negara?








PETALING JAYA: Perkasa mencadangkan supaya Mahkamah Persekutuan segera mendengar rayuan sesiapa sahaja yang didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam tempoh sebulan.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Mahkamah Persekutuan patutnya segera mendengar rayuan sesiapa sahaja.
“Patut ada peraturan had sebulan rayuan mesti diselesaikan di Mahkamah Persekutuan. Tak kira kes apa,” katanya kepada FMT
Katanya lagi, kenapa dibiarkan penjenayah sesuka hati mercerca pihak-pihak tertentu dan burukkan negara?
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas mengulas sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bebas mencerca kerajaan selepas beliau didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.
“Ada yang tidak kena dengan sistem negara kita. Di manakah keluhuran dan kedaulatan undang-undang negara? Di manakah kecekapan pengurusan undang undang. Rakyat mesti bersuara dan penguatkuasa undang undang mesti telus, tegas, konsisten dan adil kepada semua,” tegasnya.
Ibrahim berkata Anwar telah didapati bersalah dan Mahkamah Rayuan sudah menjatuhkan hukum lima tahun penjara..
“Lama proses pembicaraan. Keistimewaan luar biasa yang rakyat lain tidak dapat. Tapi Anwar dibenar ikat jamin RM10 ribu. Kenapa penjenayah ini masih lagi dibiarkan bebas?” soal beliau.
Beliau berkata Anwar sudah dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah.
“Tunggu apa lagi, apa istimewanya dia?,” soalnya lagi.
Katanya  PERKASA sebuah NGO yang paling dikakuti oleh ahli-ahli politik di  negara ini sama ada UMNO,DAP,PKR dan PAS harus bertegas tiada kompromi dengan mana-tama pihak kita minta mahkamah jatuhkan Anwar Ibrahim selama 40 tahun siapa berani lawan mahkamah mereka yang terbabit boleh dikenakan  hukuman penjara selama 10 tahun dengan sebatan rotan 30 kali kalau boleh sampai orang itu mati.
"PERKASA memang ada kuasa untuk mengarahkan mahkamah" kata Ibrahim Ali yang kebal dengan undang-undang walaupun pernah menyuruh ahli-ahlinya membakar semua gereja di negara ini tetapi tidak diambil tindakan dan berani mencabar dan anti cina dan anti india.

No comments:

Post a Comment