Tuesday 29 April 2014

WONG BINCANG KES WABAK DENGGIE DENGAN PIHAK JABATAN KESIHATAN SANDAKAN

Written by Admin
Tuesday April 29. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI


BINCANG.......Wong sedang mendengar taklimat daripada salah seorang Pegawai Kesihatan mengenai kes Denggie






SANDAKAN:- Satu perbincangan dari hati ke hati antara Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  dengan Timbalan Pegawai Perubatan dan Kesihatan Sandakan Dr Ahmad Hanis dipejabatnya pagi tadi yang ditemani  Pegawai Khas II Pejabat Parlimen Sandakan  Dayang Zubaidah Datu Tahil.

Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai kes wabak demam denggie berdarah yang melanda di beberapa tempat khususnya di taman-taman perumahan yang terlalu serius  dan mengacam para penduduk berkenaan

Dalam taklimat Dr Ahmad kepada Wong  tentang kes wabak denggie yang paling serius ialah Taman  Indah Jaya Fasa 5, Taman Mawar dan Taman Rimba apapun kes ini telah dapat diatasi.

Selain itu juga taman-taman perumahan lainnya yang telah dikenal pasti yang turut dilanda wabak tersebut ialah Taman Damai, Taman Thai Fui Yen Kampung Istimewa, Kampung Mangkalinau.

Menurut Dr  Hanis ini ada dua sebab pertama  berpunca daripada perbuatan manusia sendiri yang tidak mahu menjaga kebersihan di sekeliling rumah  punca kedua ialah alam semula jadi seperti air bertakong di parit-parit berhampiran  dan factor lainnya ialah berpunca daripada tanam-tanaman seperti pokok-pokok pisang.

Sementara Wong menyeru kepada penduduk-penduduk di kawasan-kawasan perumahan agar dapat bekerja sama antara satu sama lain khususnya menganjurkan gotong royong bagi membersihkan kawasan masing-masing demi mengindari pembiayakan  nyamuk eades bersarang khusnya ditempat-tempat tertentu.


Wong selanjutnya mengucapkan terima kasih  kepada  para pegawai jabatan Kesihatan Sandakan kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjelaskan dengan terperinci mengenai wabak denggi semasa kunjungannya kepejabat berkenaan.

No comments:

Post a Comment