Monday, 28 April 2014

CADANGAN MENGHAPUSKAN GURU-GURU KRISTIAN MENGAJAR DI SK-SMK TINDAKAN GOBLOK



Written by Admin
Monday April 28.2014


SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN  FST
SAIMON S JUMADI




 









GOBLOK  PUNYA KERJA....Pihak polis harus tangkap orang ini kerana boleh menimbulkan kemarahan kepada para penganut agama Kristian terutama sekali Guru-Guru Kristian yang mengajar di SK dan SMK





MEMBURUK-burukan  atau menghina satu-satu agama dan bangsa lain ia disifatkan sebagai orang yang tidak bertamadun ini menjurus menimbulkan kemarahan, kebencian dan sekaligus boleh mencetuskan hura-hara.



Apa lagi di negara Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya yang berbilang kaum dan keturunan dibebaskan menganuti apa saja agama mengikut kepercayaan masing-masing walaupun agama Islam sebagai agama  rasmi negara ini rakyatnya  tidak dilarang  untuk memilih  mana satu agama yang mereka sukai.



Dalam pentadbiran kerajaan kita berkongsi dengan rakan-rakan yang bukan segama,  selama ini  tidak timbul pula masalah ramai rakan-rakan yang beragama Kristian menjawat-jawatan sebagai guru sama ada di sekolah-sekolah mission atau sekolah penun bantuan kerajaan khususnya  di sekolah rendah dan di sekolah menengah  tidak orang pertikaikan.



Kita mahu tanya orang-orang yang suka mempertikaikan soal agama apa masalahnya apa salahnya kalau seorang guru beragama Kristian mengajar di SK atau di SMK  coba tolong jelaskan.



Kenapa pandai-pandai buat cadangan hendak menghapuskan guru-guru yang berkhidmat di Jabatan Pelajaran dan mengajar di SK dan di SMK mereka tidak terfikir kah  perbuatan sebegini boleh melukai dan mengiris hati seseorang khususnya mereka yang beragama Kristian.



Tahun lalu presiden PERKASA suruh orang-orangnya bakar gereja diseluruh negara termasuk membakar bible yang menmggunakan Kalimah Allah dibiarkan begitu saja  walaupun perbuatan itu jelas racist sekarang ini pula timbul fenomena baru guru-guru yang bergama Kristian akan dihapuskan dan tidak boleh mereka mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan mereka ingat dunia ini nenek moyang mereka punya, buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.



Orang yang bodoh sekalipun tidak berani buat  perkara sebegini rupa kenapa  memandai-mandai membuat cadangan yang tidak boleh masuk akal.



Pihak kerajaan harus mengambil langkah-langkah khususnya pihak polis tangkap orang yang mahu membentuk poraporanda ini  siasat apa tujuan yang sebenarnya kenapa guru-guru bukan Islam khususnya  guru-guru Kristian hendak dihapuskan apa maksud yang sebenarnya.




No comments:

Post a Comment