Saturday, 14 January 2017

FST…..SABAHAN BANGKITLAH PERTAHANKAN NEGERI SABAH


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sabtu Januari 14/2017
KALAU anak cucu cicit nanti tidak mahu merempat dan kala kita mati siap tidak kena kutuk hina oleh anak cucu sendiri, maka semua Sabahan kena bangkit sama tendang pengkhianat rakus dan tamak yang mahu jahanamkan negara bangsa demi kepentingan diri dan segala kroni suku sakat pemimpin pemusnah masa depan anak bangsa.
WARISAN ditubuh serius mahu selamatkan Sabahan agar tidak merempat di tanah air sendiri dan mereka pemimpin lokal segala mangsa bukan lanun dan bukan pencuri tanah-tnah Sabah.
Banyak khazanah negara, tanah hasil anugerah Allah mereka kerjakan dan parti dalam kerajaan bukan lagi perjuangkan rakyat tetapi lebih kepada merampok apa saja yang ada dan rakyat ramai dibutakan matanya dan telinga mereka ditulisihirkan kesan racun berbisa jua BR1M dan tangki biru serta janji manis penuh racun membunuh kehidupan bangsa Sabahan sekarang dan mendatang.
Seluruh bangsa di Sabah kena bangun bersama tak kesah apakah kamu Dusun/kadazan, Bajau, Irranun. Brunei, Bisaya, Kedayan, suluk, bugis juga pakistan dan lain-lain asal Sabahan dan lain-lain  kena bertindak cepat dan siap sama melangkah, kita angkat panji-panji, satu bendera bersama warisan untuk pertahankan hak Sabahan yang sudah sekian lama dibaculkan oleh mereka yang tamak rakus dan haloba.
Kita tidak bisa undur lagi dan tanpa menoleh belakang atau kiri kanan atas bawa siap sama melangkah dan siapa yang usaha datang di depan dan menghalang perjalanan ini, kita tendang sebab pengkhianat negara bangsa harus sirna dan kita humban ke lobang puaka.
Kita angkatan anak merdeka dan bukan bacul dan bukan petualang dan bukan lanun sebab selama nian tidak ada harta kita lanun dan tidak ada rumah macam istana dan tidak ada hotel mewah di kota milik kita dan tidak ada tanah di mana-mana kecuali yang ada hanya maruah dan nama sebagai pejuang anak bangsa merdeka.
Anak-anak bangsa Sabah bukan bacul jauh namanya penakut dan pengecut bangsat.
Sabar Sabahan yang terkenal baik, pemurah serta bertolak ansur ada hadnya dan kali ini kita bangun, kita siap dengan mata menyala-nyala demi kebenaran dan ketelusan mahu melihat anak bangsa mencapai kemajuan dengan sumber yang banyak anugerah Allah bukan ketinggalan dan TERMISKIN sekali di Malaysia dan pendidikan asas paling TERSOROT bawah BN cukup memalukan dan ikut e kasih jabatan kebajikan paling ramai mohon bantuan termiskin. Memalukan dan sadis!
Bangkitlah dan seorang Shafie Afdal siap korbankan segalanya dan bukan untuk dirinya dan terbukti dia sendiri tidak punya apa-apa dan perjuangannya bukan berpolitik alias penuh muslihat tetapi lebih kepada BERSIASAH seperti yang nabi amalkan.
Bangkitlah
Bangkitlah
Bangkitlah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment