Thursday, 5 January 2017

FST......MP LIBARAN JUSLIE TURUN PADANG TINJAU KEROSAKAN JALAN KG DANDULIT

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
FOTO: MAZLANI JANUARY
January Thursday 05/2017


LIBARAN:-  Setelah menerima beberapa aduan dari penduduk-penduduk Kampung Dandulit dan kampung-kampung sekitarnya mengenai kerosakan Jalan Raya Kampung berkenaan  Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol bersama rombongannya yang terdiri Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan  dan  Pegawai serta kakitangan Pejabat Parlimen Libaran turun padang khusus untuk meninjau sendiri  jalan tersebut.

Menurut Pegawai Sarantah Parlimen Libaran Mazlani January Juslie telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya Sandakan agar membaik pulih dan menaik taraf  jalan tersebut  dengan kadar segera sekiranya keadaan cuaca cerah untuk memulakan kerka-kerja menyenggelaraan jalan tersebut.


Tambah Mazlani sebagai Ahli Parlimen Juslie memang peka terhadap aduan-aduan yang diterima dari pelbagai golongan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Libaran lantas mencari jalan alternative  untuk mengatasi sebarang masalah yang sedang dan telah dihadapi oleh mana-mana penduduk setempat.





No comments:

Post a Comment