Monday, 30 January 2017

AHLI WARISAN DINASIHATI SUPAYA TAAT SETIA PADA PEMIMPIN....FST


( ingat pesan DS Shafie Apdal)

OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Monday January 30/2017

POLITIK itu tidak kotor tetapi pemainlah yang mengotorkannya. Politik sekarang tidak seperti politik dizaman nabi yang dikatakan siasah.

Kita sekarang berhadapan dengan politik akhir zaman yang digunakan bermacam cara untuk mengalahkan lawan yang menyebabkan lawan lemah terkulai layu.

Istilah kata POLITIK ikuT kamus INDON ialah muslihat. Makna siapa yang bijak muslihat atau strategi biasa menang di dunia tetapi belum tentu nanti di akhirat.

Politik sekarang banyak menipu, membohong dan putar alam dan segala media seperti Tivi, Utusan mereka gunakan untuk memutar fakta dan di sana hanya yang baik saja di bicarakan sedang yang tidak baik itu dari pejuang-pejuang yang ikhlas dan benar.

Nah, setiap yang kahwini politik kena faham ini.Hal ini selalu saya dan DSSA bicarakan dan saya bersetuju kata DS Shafie dalam waktu terdekat akan banyak lagi FITNAH aib bakal diterima sebab tujuannya untuk pengaruhi rakyat agar bila terpujuk kata-kata mereka yang AUTA dan bohong.

" Misalnya kes dana jabatan air awalnya dikata saya yang punya duit dan dikatakan saya selewengkan, padahal mereka sendiri dan bila ketahuan yang berkenaan dikenakan/tuduhan pengubahan wang. Lojikkah? " itu tanyanya DS Shafie.

" Kemudian dikaitkan lagi kes di Pulau Gaya sedang itu kuasa kerajaan Negeri dan KKLW tidak terlibat. Memang benar hanya yang berkenaan saja dapat bekalan air iaitu resort dan lain yang berkepentingan tapi resort di sana siapa punya?" Tanya DS Shafie Apdal. Rakyat kena fikir.

Makanya setiap ahli WARISAN kena faham cara permainan pihak lawan untuk menjatuhkan dan mereka kesan terdesak akan melakukan apa saja untuk semula kuasai kerajaan Sabah/Malaysia amanya.

" sebagai yang bergiat dalam politik kena siap sedia kritikan-kritikan yang membabi buta dan jangan mudah terpengaruh dan kena fahami sistem dan kuasa-kuasa kerajaan negeri dan persekutuan sebab yang meluluskan projek secara nego hanyalah Menteri kewangan Malaysia dan Menteri Kewangan Sabah iaitu Najib dan Musa. Menteri2 lain tidak berkuasa ikut peratiran TRESURY INSTRUCTIONS.

" Mereka yang selewengkan dana rakyat, saya pula dituduh makan duit dan memang mereka ini hebat suka-suka menuduh dan lepas ketahuan diubah tuduhan bukan rasuah tapi pengubahan wang dan tidak hairan kes berjuta-juta itu akhirnya tidak salah dan jika benar saya makan duit, pasti sudah lama saya dalam penjara..." Kata DS Shafie Apdal lagi dan itu sebab sebelumnya D Shafie enggan menjawab sebab dia tahu tak bersalah dan minta SPRM siasat dengan telus.

Makanya mulai sekarang setiap ahli WARISAN kena tahan tukul dan tabah hadapi semua perkara. Dalam memperjuangkan yang benar pasti ada hinaan dan kutukan, makanya semua orang kena sabar sedikit dan kena berkorban sebab pengorbanan yang ikhlas pasti akhirnya Allah berkati dan berikan kemenangan.


No comments:

Post a Comment