Friday, 27 January 2017

WARISAN TAK TUNTUT TAPI LAKSANA MA 63....FST


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Januari 2017/27

ADA yang kata sejak Darell Leiking di WARISAN, konon DARELL tidak suarakan MA63/20 perkara dan kemudian dikatakan juga yang DS tidak perjuangkan.

Darell Leiking sudah berkali suarakan di parlimen dan lewat ucapan2nya hingga kekadang rakyat jadi muak mendengarnya sebab yang laksanakan bukan pejuang/pembangkang tetapi kerajaan yang diamanahkan dan pejuang/pembangkang hanya suarakan.

Seorang  Dr Jeffry Kitingan  juga suarakan di DUN Sabah tetapi dijawab dengan bahasa kasar oleh seorang Musa Aman dan dikatakan tidak sesuai, lalu mahu suarakan lagi?

" Rakyat perlu makan, perlu sekolah, perlu pakai, perlu jalan raya, perlu air paip bersih, perlu rumah dan kemiskinan harus dibasmi bukan perjanjian 63 atau 20 perkara" Jela DS Shafie Apdal.

Memang yang lebih penting sekarang ialah perut perlu diisi dan keperluan asas di utama, kesusahan rakyat di luar bandar dan di bandar perlu diatasi dan kerajaan yang menggasak poket rakyat dengan GST perlu dibantai kesan menyusahkan rakyat.

WARISAN lebih utamakan yang lebih penting duluan dan yang lain dikemudian kerana yang hanya dapat merubah keadaan ialah kerajaan yang memerintah bukan pejuang atau pembangkang.

" Makanya rakyat perlu berikan mandat kepada WARISAN Sabah untuk perintah Sabah dan bila rakyat kasih mandat perintah Sabah, maka kepimpinan Sabah selepas PRU14 akan kerjasama dengan kerajaan Sarawak laksanakan terus 20 perkara/18 perkara dan perjanjian 1963" Katanya Datuk Aziz selaku ketua WIRA Warisan Sabah.

DS Shafie sudah menyatakan ulang kali mahukan kuasa Sabah dan itu secara tidak langsung suarakan apa yang dijanjikan dan hak-hak Sabah, hasil sumber Sabah harus dituntut dan dikembalikan kepada Sabahan dan kerajaan BN kena peka.

" Saya mantan menteri kabinet persekutuan, suara2 saya hanya dalam kabinet dan tidak boleh di luar kabinet dan jika di luar kabinet jawabnya pecat dan itulah yang terjadi bila disuarakan hal 1MDB tapi saya tidak pernah menyesal sebab saya wakil parlimen kena suarakan suara rakyat dan sekarang memang menimbulkan masalah negara.." Jelas DS Shafie Apdal lagi.

Jadi, ada yang menyatakan konon Darell Leiking setelah di WARISAN tidak suarakan itu tidak benar sedang para pemimpin WARISAN selalu timbulkan dalam ceramah=ceramah  WARISAN tetapi kerajaan bawah BN tidak peduli dan jalan akhir tumbangkan BN dan baru semuanya dilaksanakan tanpa menuntut kala itu memang hak Sabahan.


No comments:

Post a Comment