Monday, 9 January 2017

FST… MASYARAKAT .KADAZAN-DUSUN-MURUT-CINA TOLAK PARTI SAPP-STAR-PCS (USA) PRESIDENNYA PENIPU



OLEH: RICHARD  BOLONGKOS
Monday January 09/2017

MENGIKUT analisis  terperinci parti  pembangkang yang mendapat sokongan padu  rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa Cina-Bumiputera Islam (Melayu) Kadazan-Murut dan Dusun antaranya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) DAP dan AMANAH bagi parti nasional.

Sementara parti tempatan Sabah tidak kurang pentingnya juga mendapat respon dari seluruh kaum rakyat Sabah ialah Parti Warisan Sabah  (WARISAN).

Manakala parti-parti pembangkang Sabah  yang lainnya seperti Star-SAPP-PCS dan Parti HARAPAN ternyata kurang respon  dari rakyat berbilang kaum.

Sedangkan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan kaum Bisaya sendiri  kurang minat menyertai ke empat-empat parti pembangkang ini sebab latar belakang presidennya kurang baik pandai putar belit.

Antara sebabnya kenapa kaum Kadazan-Murut-Dusun-Cina tidak berminat menyertai parti SAPP-Star dan PCS sebab presidennya  tidak jujur dan mereka berdua Yong Teck Lee dan Dr Jeffry Kitingan pernah mengkhianati para pengundi Dusun-Kadazan Murut dan Yong juga terlibat sama menipu pengundi keturunan cina pada PRU13 lalu.

Sepatutnya PAKATAN RAKYAT pada masa itu menang dan  sudah   mentadbir Negeri  Sabah disebabkan berlakunya  sabotage  yang dilakukan oleh Star dan SAPP maka DAP-PKR dan PAS telah menemui jalan kegagalan untuk membentuk kerajaan PAKATAN RAKYAT Sabah.

Kedua Presiden SAPP dan Star pada masa PRU13 lalu  telah menjadi tajuk perbualan di kedai-kedai kopi  bahawa mereka berdua diupah dengan ganjaran yang amat lumayan daripada BN supaya melakukan pecah undi di mana kawasan yang ditandingi oleh PKR-DAP dan PAS disitulah Star dan SAPP pasang semua calon sama ada kerusi DUN dan kerusi Parlimen.

Kalau SAPP dan Star pada musim itu tidak kacau daun sudah tentu kemenangan berpihak kepada calon-calon DAP-PKR dan PAS kerana satu lawan satu dengan calon-calon BN/UMNO.

Tetapi amat malang sekali dengan ganguan  oleh kedua parti itu SAPP-Star maka Pakatan Rakyat tumpas ditangan BN/UMNO ini semua kerja jahanam Yong dan  Jeffry yang mengkhianati para pengundi Sabah terutamanya pengundi Cina-Kadazan-Murut dan Dusun.

Mulai dari fenomena itu berlaku masyarakat Cina-Dusun-Kadazan dan  Murut  benci dan mengutuk habis-habisan dengan Yong dan Jeffry sehingga sekarang keempat suku ini tidak lagi mempercayai kepimpinan parti SAPP-Star.

Parti WARISAN yang baru ditubuhkan saja mendapat sambutan di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama di seluruh pelusuk Sabah.

Inilah UMNO/BN paling takut dengan  Warisan sebab 90 peratus kebanyakannya ahli yang menyertai parti itu ialah mantan ahli-ahli UMNO.

Sekarang UMNO Sabah sedang berdepan masalah kekurangan ahli setelah ramai yang keluar dari UMNO berinut-rinut satu persatu sertai parti WARISAN.

Pilihanraya Umum ke14 ini kali UMNO/BN akan berdepan dengan calon-calon DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN satu lawan satu tentang calon BN/UMNO.

Rakyat Sabah terutamanya  suku Dusun-Kadazan-Murut dan Cina sekiranya Star dan SAPP turut bertanding pada PRU14 ini nanti itu semua main wayang SAPP dan Star mereka kembali lagi jadi baruah UMNO.BN untuk  menggagalkan rancangan PAKATAN HARAPAN Sabah meraihkan kemenangan untuk jadi tampuk pemerintahan Sabah.

Jelas permainan kotor Yong dan Jeffry akan wujud semula bersekongkol dengan UMNO/BN sudah pastinya berlaku pura-pura saja berjuang Sabah for Sabahan sandiwara mereka sahaja untuk meyakinkan kaum Dusun-Kadazan-Cina dan Murut supaya mereka adalah pemimpin terulung membela nasib rakyat Sabah sebaliknya berjuang untuk poket sendiri  yang bertujuan mahu menghapuskan bahngsanya sendiri di muka bumi dibawah bayu ini.








No comments:

Post a Comment