Monday, 23 January 2017

FST..... CUTI TAHUN BARU CINA YANG PULANG KAMPUNG HATI-HATI PANDU KENDERAAN........PESAN WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Monday January 2017-23

SANDAKAN:- Tahun Baru Cina jatuh pada tanggal 28hb Januari ini ramai  di kalangan pelbagai masyarakat ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina.

Sebilangan besar masyarakat yang bekerja di luar kawasan daerah Sandakan  56 peratus mereka menggunakan kenderaan persendirian.

Disebabkan sekarang musim tengkuju musim hujan yang berpanjangan  kebanyakan jalan raya di sana sini dalam kondisi tidak baik berlubang-lubang ini para pemandu harus kena lebih barhati-hati.

Ahli Parlimen Sandakan (IDAP)  Stephen  Wong Tien Fatt menasihatkan mereka yang memandu kenderaan semasa hendak pulang kekampung masing-masing  supaya memandu lebih cermat jangan gopoh gapa  elakan kemalangan yang tidak diingini berlaku menimpa diri anda.

Pandu kehnderaan biarlah berhemah pandu cermat jiwa selamat  supaya mudah sampai ke destinasi yang ditujui dan menemui keluarga untuk  sama-sama menyambut tahun baru cina dalam suasana kegembiraaan bukan kemurungan” kata Wong lagi.

Kata Wong lagi memang tidak dinafikan setiap menjelangnya perayaan apa saja tidak kira Hari Raya-Krismas termasuk Tahun Baru Cina memang ada saja berlakunya kemalangan jalan raya yang mengerikan ini adalah disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang terlalu gelojo ketika memandu di jalan raya.

Sambil itu Wong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina “Kong Hee Fatt Choy” kepada rakyat seluruh Malaysia- Sabah dan Sarawak dan terutama sekali para pengundi kawasan Sandakan.



No comments:

Post a Comment