\
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
2017/03
January Tuesday
KIRA-kira nya bagaimana melayu itu
sebenarnya. Apakah memang melayu itu ada atau sekadar kata-kata yang enak
sangat didengar.
Kata
seorang Hendrik Kern dan Heine-Geldern kapak dan beliuang jadi bukti maksud
melayu itu memang ada dan kena faham yang dimaksud Proto melayu Deautro dan
Dong tahun 500 sebelum masehi.
Memang
banyak lagi yang boleh dibicarakan dan ini kena usaha cari kaji dan baca elak
meroyan tak menentu seolah maha tahu segala,
Melayu
itu sudah ada tahun 3000 sebelum masehi dari benua asia dan kemudian tahun 300
sebelum masehi dari indocina, lalu berpergian ke tanah melayu kawin dengan
orang semang sakai jakun asli dan segala macam itu digelar proto malay.
Hingga
sekarang melayu itu sudah bercampur baur dengan segala bangsa ada arab,
pakistan, cina, india dan lebih menghancurkan bila perlembagaan malaya
mendefinasikan melayu itu islam dan mengamalkan adat istiadat melayu. Sila
rujuk perkara 160 perlembagaan kita.
Memang
perlembagaan kita aneh bin ajaib sebab yang tubuhnya hitam memang kaling
bangsanya asal agama islam dan amal adat istiadat melayu maka itu dikatakan
melayu ikut definasi perlembagaan sedang bangsa mana mungkin berubah. Cina
tetap cina, india tetap india, jepun tetap jepun dan sebagainya. Memang lucu
sangat.
Soalnya
sekarang, siapa melayu itu dan bagaimana rupa bentuk mereka dan adakah ianya
amat perkasa atau baik budi atau buruk perangai.
Barangkali
ini bisa dijawab oleh anda semua dan apakah benar melayu itu sikapnya benar
seperti yang dibicarakan oleh para orientalis dari barat diabad 16 itu?
Saya
tidak dapat menjelaskan dan tentunya memerlukan pemikiran pembaca untuk
mentafsirnya tetapi yang saya lihat melayu itu memang yang suka bergaya, kalau
berniaga mahunya cepat kaya dan ada office lagak jutawan harus pandu ninja dan
mercedes suka joli ke sana sini, hutang juga sana sini. adohai melayuku bangsa
mulia pantang mundur katanya.
Demikian
sedikit gambaran melayu yang memang tembirang sikit kaya dapat projek cerita
berjuta padahal segala projek dialibabakan kepada yang tionghua untuk
melaksanakan dan melayu tadi tahunya komisen berjuta goyang kaki di rumah
tunggu bahagian.
Begitulah
gambaran melayu masa kini yang ada kaki klentong penuh tipu daya dan ramai yang
terperangkap dan teraniaya jika berpolitik merekalah maha tahu dan bila ditanya
makna politik haram ada yang jawab mengundi hanya. kesihan!
Apakah
ini benar atau bagaimana yang bijak pandai di luar sana?
Kekadang
memang sukar untuk menjelaskan tetapi demikianlah hakikatnya yang diterima oleh
bangsa kita yang dikata bangsa mulia telus jujur sebaliknya wajahnya di cermin
disangka kucing sama rupanya ular sawah yang kenyang tidur di reban belum
kesempatan ditangkap orang.
Kena
ubah semuannya kembali kepada asal dan agama menjadi panduan untuk terus
bergerak ke depan.
No comments:
Post a Comment