Thursday, 19 January 2017

FST.... DAP BERJAYA MEMBINA PAIP GRAVITI TERPANJANG DI 5 KAMPUNG DI KENINGAU....KATA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Thursday January 19/2017

KENINGAU:- Untuk memudahkan para penduduk di kawasan pedalaman menikmati air bersih  untuk kegunaan harian Parti  Tindakan Demokratik (DAP) Sabah berjaya membina paip gravity terpanjang yang julung-julung kali terdapat di Malaysia yang terletak di lima buah kampung di kawasan Keningau.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata tujuan DAP membina paip gravity terpanjang itu adalah sebagai membantu rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman yang  terus terabai dan terpinggir oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)  dalam mengecapi arus pembangunan infrastruktur terutamanya bekalan air bersih.

Wong berkata walaupun DAP adalah parti pembangkang namum  berusaha memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kawasan bangsa dan agama.

Kata Wong DAP akan terus berjuang habis-habisan untuk membantu rakyat yang tinggal di kawasan terpencil agar mereka sama-sama menikmati kemudahan asas walaupun kerajaan yang memeruntah pada hari ini tidak memperdulikan rungutan dan rayuan penduduk kampung namun DAP tetap akan membantu yang terdaya.

Sementara itu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian dalam sidang media DAP Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Kata beliau, paip sepanjang 21KM tersebut dibina melalui kutipan derma menerusi Impian Sabah, membantu 280 keluarga dari 5 kampung, sejumlah 1500 penduduk menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air yang timbul sekian lama.

"Saya amat gembira, kerana projek paip graviti terpanjang di Malaysia yang menelan kos RM267 ribu ini, telah dirasmikan di Mukim Bunga Raya Keningau."

Kata Pua, pemimpin tempatan tidak menggunakan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur asas, meminggirkan rakyat. Di samping itu, di bawah usaha DAP, sebuah sekolah kerajaan dan klinik juga mendapat penyambungan paip.

Pua berkata, Ahli Parlimen BN Sabah tidak memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah dalam Parlimen, bagaimanakah dapat membuktikan parti tempatan Sabah akan membawa perubahan kepada rakyat sekiranya menang dalam pilihanraya yang bakal datang?

Selain itu, Pua juga berkata, dasar pembangunan ekonomi Kerajaan Persekutuan terlalu bertumpu pada Semenanjung, mengabaikan pembangunan Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen BN Sabah juga tidak berusaha untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dalam isu ini.

Sebagai contoh, Semenanjung dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan, mengapakah masih tergesa-gesa membina landasan keretapi laju yang memakan kos RM55billion dari Kuala Lumpur ke Singapura?

Jika peruntukan ini digunakan untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan Sabah dan Sarawak, terutamanya landasan keretapi di Sabah, dipercayai manfaat ekonomi akan lebih menyerlah.



No comments:

Post a Comment