Thursday, 12 January 2017

FST....KEMELLIA.... PORTAL FREE SANDAKAN TODAY ONLINE DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

OLEH:  MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Khamis Januari 12/2017

SANDAKAN:- Pengerusi Ahli Lembaga portal Free Sandakan Today Online (FST)  Dato Seri Kemellia Hassan  hari ini  menyatakan respon para pembaca tanah air terhadap penyiaran berita-berita yang tersiar di laman social portal ini (FST)   sungguh menggalakan dan diluar jangkaan.

Setelah portal The Sabah Insider Online kena sekat  (sabotage) penyiaran  berita-beritanya oleh pihak-pihak tertentu yang tidak kurang hebatnya mendapatan sambutan mencecah hampir satu juta para pembaca diseluruh  Malaysia terhadap perkembangan dan perjalanan The   Sabah Insider Online  pihak  CEO telah mengambil keputusan untuk menutup portal tersebut dan digantikan dengan portal Free Sandakan Today Online (FST). Kata Kemellia

Kata Kemellia lagi setakat ini respon orang ramai khususnya para peminat setia pembaca media di awang-awang khususnya Free Sandakan Today Online semakin bertambah baik dari masa kesemasa dan telah mencecah  377,550 mengikut catatan View pages.
Kemellia menambah dua tahun dulu Free Sandakan Today telah wujud tetapi kurang mendapat perhatian dari orang ramai setelah muncul portal The  Sabah Insider Online jadi terhenti  disitu sahaja lagipun banyak kakitangannya  berhenti.

“Setelah pemilik Syarikat Who The Boss Agencies  Sdn Bhd mengambil alih pentadbiran portal FST dan telah melantik kakitangan dan pegawai baru barulah portal FST digerakan dan dihidupkan semula dan berjalan lancar.

Kenapa ramai orang minat membaca bahan-bahan berita yang tersiar di laman portal ini sebab portal ini telah menyiarkan pelbagai berita sama ada datangnya dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, sebagai wadah masyarakat pihak editorial FST mesti pandai mengatur dalam menerbitkan sesbuah berita yang berpandukan fakta bukan cerita direka-reka. Kata Kemellia lagi.



No comments:

Post a Comment