Sunday, 8 January 2017

INGAT PBS MENANG MAJORITI 1985? FST


( Memang tak guna kesan tiada kuasa)
KERAJAAN di Malaysia ini ada dua. Satu kerajaan persekutuan dan satu kerajaan negeri.
OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sunday January 08/2017
Yang membentuk kerajaan persekutuan kena menangi lebih 112 kerusi MP dan kerajaan persekutuan kuasai WANG DISATUKAN, pendidikan, keselamatan, Kastam, JPN, Polis, tentera dan banyak lagi termasuk GST.
Disamping kerajaan persekutuan ada juga kerajaan negeri yang dibentuk kesan di negeri dimenangi oleh parti-parti di negeri berkenaan atau mungkin saja sekaligus dimenangi oleh parti bawah BN di negeri berkenaan.
PBS parti lokal menangi majoriti election DUN tahun 1985 tetapi mereka tidak menangi melebihi 112 kerusi MP makanya mereka hanya kuasai di Negeri dan tidak berkuasa di peringkat persekutuan.
Di Sabah hanya ada 25 kerusi MP, meski menangi semua itu TATAP tidak akan duduki kerusi putrajaya kecuali jika menangi lebih 112 kerusi bersama parti nasional sama ada BN atau PH. Ada dua pilihan sahaja. Ini kena faham.
Memang dalam tahun 1985 itu PBS selaku parti lokal mengalahkan BERJAYA secara terduduk tetapi meski menang bergaya PBS tidak dapat berbuat apa-apa kesan kuasa-kuasa kerajaan persekutuan yang BN/UMNO kuasai cukup kuat/itgu termaktub dalam perlembagaan dan kalau ada yang pertikai itu hal lain dan kena ke mahkamah.
Katakanlah parti lokal di Sabah menang 73 kerusi DUN di Sabah dan kemudian menangi kesemua 25 kerusi MP dan tidak mahu berkerjasama dengan parti nasional yang memenangi lebih 112 kerusi MP, maka jawabnya sama macam PBS menang dulu di Sarawak memang parti lokal tetapi apa sudahnya?
Sarawak ulang-ulang kali minta 20% minyak dan kuasa-kuasa seperti dalam perjanjian 1963, tetapi sampai sekarang minyaknya masih juga 5% dan kerajaan persekutuan tidak meluluskan permintaan 20%. Bukankah sama juga kelihatannya? apa ini sukar dimengerti?
Nah, jelas meski di Sarawak sudah cukup cantik keadaannya tetapi masih juga tidak dapat berbuat apa-apa sebab WANG DISATUKAN, pendidikan, keselamatan, kastam, JPN, tentera, polis dan sebagai masih dikuasai oleh kerajaan persekutuan yang memenangi lebih 112 kerusi MP iaitu BN/UMNO.
Untuk duduki kerusi Putrajaya, rakyat kena pilih sama ada BN atau PH sebab hanya kedua parti saja bakal tanding kesemua 222 kerusi MP dan parti lokal hanya tanding kerusi2 MP di Negeri masing-masing.
Makanya tidak boleh tidak parti lokal kena berkerjasama dengan BN atau PH/PR dan paling sesuai ialah berkerjasama dengan PH/PR sebab PH/PR belum teruji untuk kuasai kerajaan persekutuan. Ini kita kena faham dan kalau parti lokal terus juga tidak mahu berkerjasama dengan BN atau PH/PR maka jawabnya sama macam kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu.
Sejarah 1985 memang terus tidak akan berlaku sebab di Sabah masih ada UMNO/PBS/PBRS/UPKO yang mustahil tidak mendapat kerusi di PRU yang akan datang sebab sejarah Cina/KDM dan sedikit melayu bersatu di tahun 1985 yang menyebabkan PBS juara mungkin sukar diperolehi kala di Sabah ada punya sekitar 20 parti yang sekurang undi sudah terbagi tidak memadat macam dulu kecuali WARISAN dapat menyatukan semua bangsa di Sabah seperti PBS lakukan dan ini tidak mustahil.
Jadi, kalau mana-mana parti lokal di Sabah bakal berkerjasama dengan parti nasional untuk menubuhkan kerajaan persekutuan rasanya itu sesuai dan tidak salah sebab tanpa kuasai kerajaan persekutuan, kemenangan di Sabah tidak membawa apa-apa sebab sama saja macam kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu.
Inilah kenyataannya yang rakyat/pengundi harus faham kuasa-kuasa kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan.


No comments:

Post a Comment