Sunday, 22 January 2017

FST….KENAPA MELAYU UMNO/BN BENCI DAP APA BEZANYA MCA-GERAKAN PARTI CINA



OLEHl ISMAILY BUNGSU-FST
Sunday January 2017/22

POLITIK dalam bahasa arab maksudnya SIASAH. Ada kata politik tak boleh dikaitkan dengan agama. Itu tidak benar.

Agamalah yang kawal politik dan politik harus berlandaskan agama sebab semua agama mengajar kebaikan, cuma jangan gunakan agama demi kepentingan politik.

Ya, apa saja kegiatan politik harus tidak lari dari ajaran agama makna agama panduan berpolitik.

Siapa kata Nabi tidak berpolitik? Jika ada kata begitu, lebih baik banyakkan membaca lagi dan bukankah tadbir Mekah, medina dan urus segala macam di sana di zaman nabi juga maksudnya terkait politik.

Bukankah SIASAH itu maksudnya politik? cuma saja politik yang diamalkan sekarang dari rakyat kepada rakyat dan pemimpin lebih utama KANTUNG sendiri dan kala mati hartanya menimbun.

SIASAH pula sama juga dari rakyat kepada rakyat, tetapi Nabi tidak punya apa-apa kala wafat sama seperti orang biasa tidak punya istana indah, tidak punya kekayaan yang melimpah. Itu bedanya!

Di Malaysia ini yang beragama kala sertai politik kekadang lupa diri dan lupa amalan nabi, bila lupa maka kata-kata mereka tidak lagi memperlihatkan sikapnya beragama.

Bahasa dan tingkah laku penuh kebencian dan apa saja yang terkait dengan bangsa cina akan disebut DAPpig, makan babi, haram dan menghina/jelas yang demikian rasis. Siapa sebenarnya rasis itu?

Kekadang kita lupa sejarah bahawa di Tiongkok itu sudah ada orang Islam di zaman nabi banding kita di Negara kita ini. Islam berkembang abad ke-15 di Melaka kesan Cheng Ho dan Parameswara dan barulah hadir pedagang Arab. Baca sejarah akan tahu segala.

Masyarakat islam lagi banyak di China banding di Malaysia dan perkampungan cina sudah ada di zaman Nabi dan ketika itu ketuanya Safuan namanya sedang ketika itu di Tanah melayu Islam belum ada kecuali abad ke-12-13 kesan ada batu bersurat di Trengganu.

Menghina orang Cina atau DAP tidak saya terima langsung dan menghina mengatakan itu bahaya tidak benar, kalau DAP bahaya apa bezanya dengan MCA dan sebagainya? bukankah rata-rata mereka itu berbangsa cina?

Di Zaman nabi ketika Nabi kena simbah, Nabi tidak menghina malah Nabi cukup baik dan tidak pernah pula membenci sama juga dengan yahudi buta yang memaki-maki Nabi tetapi nabi terus suapi dan apakah yang Islam agama tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?

Lalu bagaimana kita mahu perkembangkan Islam dan memperlihatkan yang Islam itu agama baik kalau perangai kita sendiri tidak memperlihat sikap yang baik kala gauli dunia politik itu sendiri?

Memang kekadang ahli-ahli  politik yang punya asas agama selalu bersikap keterlaluan dan inilah yang menyebabkan yang tidak Islam menjadikan mereka was-was atau tidak mahu mendekati Islam kesan bukan kerana Islam tetapi kerana perangai orang Islam itu sendiri yang memperlihatkan sikap yang tidak sewajarnya dan jauh bersikap berkasih sayang.

Rasanya baik sesiapa saja kena kembali kepada ajaran dan cara nabi berSIASAH dan hilangkan rasa kebencian yang tidak baik itu dan wujudkan politik berkasih sayang dan bukan melontar kata yang jahat dan seolah tidak bertamadun.

Salam kasih dihari minggu
\


No comments:

Post a Comment