Friday, 13 January 2017

FST……RIBUT HAL TANAH BELUM DAPAT


( yang dalam genggaman didiamkan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Jumaat Januari 13/2017

BERCERITA kepada rakyat sesuatu yang belum dalam tangan dan disebarkan ke umum itu makna usaha memperlihatkan diri sebagai pejuang dan penyelamat.

Sebalik menjelaskan agar rakyat menggelar sebagai penyelamat tetapi yang dalam genggaman tidak pula diceritakan dan yang diselamatkan itu siapa bakal menelannya?

Memang musang berbulu ayam !Nah, itu kita mengerti kelak secara diam sunyi sepi kita faham-faham sendiri.

Konon dikatakan kutipan dari SUARA SABAH dan kita sendiri tidak tahu siapa penulisnya.

Kata penulis kes itu sudah lama dan kesan membawa persengketaan antara dua pemimpin itu hingga kini dan katanya lagi cadangan itu dikemukan kepada mantan ketua menteri Sabah.(Tun Sakaran Dandai)
Cadangan diperkarakan ialah untuk menubuhkan syarikat pelaburan atau investment arm kepada yayasan Sabah.

Dikaitkan dengan beberapa orang termasuklah disebutnya nama Yong Teck Lee, Abrose Lee(NBT) Azam Takzim, TS Ampong Puyon, Dtk Hasbollah disamping Tengku Adlin dan Safari Manan.

Kes berkenaan kes lama dan yang dicadang tidak menjadi/lalu untuk apa disebarkan dan diandai Yayasan bakal rugi berbilion?

Soal rugi berbilion itu sekadar andaian kesan usaha memperkatakan cara itu salah. Apakah benar bakal rugi? kelihatan semacam pak nujum belalang!

Jika berbicara soal harta khazanah Sabah, apa jadi SFI yang jadi milik Indian Grup dan konon digadai ke syarikat Cina? Berapa bilion yang dilibatkan dan Sabah kerugian? Rakyat perlu tahu dan dijelaskan.

Juga apa jadi tanah-tanah laut di depan Kota Kinabalu/depan Gaya Centre dan siapa yang menelan semuanya? Siapa yang menjadi tuan tanah Kedawung?

Tidak cukup apa yang dikatakan, kita perhatikan begitu luas tanah di Sabah menjadi milik syarikat luar, malah pulau-pulau , bukit lurah juga milik orang lain sedang orang lokal yang mendiam tanah berkenaan dihalau semacam haiwan.

Kita tidak perlu bercerita zaman batu yang tidak menjadi kesan ada yang berniat untuk memasukkan ke kantung sendiri di masa mendatang dan jadi milik sendiri dan yang perlu dijelaskan hak khazanah Sabah/Rakyat Sabah yang sudah menjadi milik pemimpin yang ada sekarang ini atas syarikat lain dan di dalam kongsi sama.

Kesian orang Sabah yang tinggal di tanah adat sejak berabad temurun temurun sejak dato nenek mereka tiba-tiba sahaja dihalau dari tanah berkenaan dan ramai menjadi pelarian di bumi sendiri.


No comments:

Post a Comment