Monday 23 January 2017

FST…..26 BUAH ISI RUMAH PENDUDUK KAMPUNG PERMATA TOK SUBUH MENERIMA TAWARAN BELI RUMAH KOS RENDAH


BY ADMIN-FST
Monday January 23/2017
PULAU PINANG:- Dakwaan sering dilempar dan memfitnah  datangnya  daripada ahli-ahli   UMNO/BN bahawa kononnya kerajaan negeri di bawah tadbir Parti  Tindakan Demokratik (DAP) anti Islam anti Melayu.
Di Sabah kalau ada pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)UMNO yang prihatian kepada rakyatnya seperti apa yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ramai rakyat Sabah tidak jadi pelarian ditempat sendiri mereka telah kehilangan tempat  tinggal/rumah kediaman untuk selama-lamanya kerana banyak kampung-kampung yang telah wujud lebih 40 tahun jadi padang jarak padang terkukur.
 Ini  cerita  sebenar bukan cerita direka-reka, di mana seorang penduduk, Puan Hasnah tidak dapat menahan air mata kegembiraan ketika menerima surat tawaran membeli rumah kos rendah berharga RM25,000 daripada Ketua Menteri hari ini.
Ertinya, perjuangan beliau bersama-sama penduduk asal Kampung Permatang Tok Suboh dengan bantuan pihak Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun membuahkan hasil amat mendalam ertinya.
Apakan tidak, hasil rundingan dan inisiatif khas Kerajaan Negeri selama tiga tahun, pampasan ditawarkan oleh tuan tanah bagi penduduk Kampung Permatang Tok Suboh kini adalah berjumlah antara RM25,000 kepada RM44,400.
 Ini bermakna ada yang telah mendapat tambahan hampir 150% ataupun sebanyak RM15,000. (Penduduk bersetuju dengan tawaran terbaru in dan kini dalam perbincangan untuk memperhalusi perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju memperuntukkan sebidang tanah (Lot 635) di sebelah tanah didiami kini untuk dijadikan penempatan semula Kampung Permatang Tok Suboh.

Umumnya, Kerajaan Negeri bukan sahaja akan menawarkan tanah secara percuma, malah juga akan membina 37 rumah. Pada masa sama, Kerajaan Negeri menawarkan penempatan baru tersebut kepada 26 keluarga yang dipaksa pindah oleh pemaju, dan 11 buah rumah yang kini menduduki tanah Lot 635 tanpa kebenaran.
Sekiranya 26 buah isi rumah Permatang Tok Suboh menerima tawaran, mereka akan dikenakan bayaran rumah kos rendah sebanyak RM25,000, manakala 11 buah rumah (yang menetap di atas tanah ini tanpa kebenaran) akan ditawarkan rumah secara percuma.
Kampung Permatang Tok Suboh kini hidup kembali!
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan berjaya menyelamatkan Kampung Permatang Tok Suboh daripada lenyap sama sekali di Pulau Pinang.




No comments:

Post a Comment