Sunday, 22 January 2017

FST…..MASYARAKAT ISLAM DI SABAH MULA TERIMA PERJUANGAN DAP PARTI BERBILANG KAUM



OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Sunday  January 22/2017


MASYARAKAT   bumiputera  Islam di Sabah sejak kebelakangan ini mula menerima kehadiran pemimpin DAP ini satu petanda baik terhadap perjuangan Parti yang membela  nasib rakyat tak kira warna kulit bangsa dan agama.

Orang Islam sekarang sudah sedar bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum dan pelbagai bangsa di Negara ini bukan parti milik bangsa cina seorang sahaja.

Hakikatnya kita tidak nampak kalau DAP anti Islam anti orang Melayu di Sandakan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Toien Fatt banyak menghulurkan bantuan kepada orang miskin yang terpinggir.

Seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Kemellia Hassan  berkata sokongan masyarakat Islam terhadap perjuangan DAP kini semakin dekat dihati mereka dan  tidak rasa takut-takut mendekati wakil-wakil rakyat parti pembangkang itu.


Kelmarin semasa lawatan MP Sandakan bersama rombongannya ke Pasar Umum Sandakan ramai para peniaga yang terdiri dari masyarakat Islam   telah menyambut kedatangan Ahli Parlimen itu yang sambil membawa kad jemputan rumah terbuka dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina.

“Mereka gembira walaupun Ahli Parlimen dari parti pembangkang  tetapi peranan dan tanggungjawabnya  banyak membantu selesaikan masalah penjaja dan masalah pasar”Kata Kemellia lagi.









No comments:

Post a Comment