Friday, 4 July 2014

ISU PENGEMIS JALANAN KPWK, AKAN BINCANG DENGAN DBKL

 60 3 0 65
By Admin
Seramai 1028 gelandangan yang telah berdaftar di Anjung Singgah YKN dan 500 telah mendapat pekerjaan



 PERLU AMBIL TINDAKAN......Rohani akan bicang isu Pengemis Jalanan dengan DBKL




KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata isu mengenai relokasi untuk pengemis dan gelandangan akan dibincangkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tentang kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan akan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan juga disangkal oleh Rohani.
“Orang-orang ini perlu dibantu dan mereka yang ingin menderma juga boleh menyalurkannya di tempat yang sesuai seperti tabung khas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Ini bukan untuk menghentikan terus pemberi untuk menderma tetapi perlu melalui cara yang betul supaya dapat membantu golongan ini dalam jangka masa yang panjang,” katanya pada Majlis Sinar Kasih Ramadan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Menurut Rohani, beliau juga berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan kepada mereka.
“Namun NGO juga boleh memberi makanan di tempat yang telah disediakan khas oleh JKM berbanding memberi makanan kepada gelandangan di jalanan.
“Saya rasa hasrat Tengku Adnan untuk mengurangkan gelandangan ini tidur di jalanan adalah baik kerana dapat mengelakkan mereka daripada dijangkiti penyakit seperti denggi,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pendirian beliau masih tetap sama iaitu untuk mengambil langkah-langkah supaya dapat mengurangkan gelandangan ini di jalanan menjadi satu proses yang berterusan.
“Ada beberapa sebab mereka tidak harus berada di jalanan tetapi ditempatkan di Anjung Singgah sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan bantuan sosial yang diperlukan.
“Seramai 1028 gelandangan yang telah berdaftar di Anjung Singgah YKN dan 500 daripadanya telah mendapat pekerjaan,” ujarnya.
Sementara itu menurut beliau, KPWKM akan mengadakan mesyuarat bersama DBKL dan akan memaklumkan kepada media tentang hasil mesyuarat tersebut.

No comments:

Post a Comment