Friday, 4 July 2014

PRESIDEN KELAB NGO (KPBNSDK) SOKONG TINDAKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT CEKUP PENGEMIIS JALANAN



Written by Admin

OLEH FARIDAH AHMAD

 

TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSDK)  datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar)  menyokong tindakan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau atas tindakannya membekaskan beberapa orang pengemis jalanan di Bazar Ramadan sekitar Bandar ini kelmarin.

Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam kegiatan peminta sedekah (pengemis jelanan) mereka adalah terdiri daripada anak-anak/orang dewasa  PATI dari negara jiran Filipina.

“Perbuatan mereka terjebak dalam kegiatan itu betul-betul mat memalukan kepada negara kita khususnya di mata para pelancong luar yang sering berkunjung ke daerah Tawau” katanya kepada Wartawan Free Sandakan Today pagi tadi ketika diminta mengular berita yan bertajuk” Jabatan Kebajikan Masyarakat Berkas Pengemis Jalanan di Bazar Ramadan” yang tersiar di portal FST pada 4 Julai 2014.

Kata Jeffry lagi kita khuatir tanggapan orang luar mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut adalah anak-anak rakyat tempatan.
 

“Saya bagi pihak Kelab NGO menyokong usaha pihak Jabatan kebajikan Masyarakat agar meneruskan operasi beterusan untuk membendung kegiatan yang tidak bermoral itu sekaligus mencemarkan nama  baik negara Malaysia di mata para pelancong asing” ujarmya.






No comments:

Post a Comment