Written by Admin
July 19.2014
OLEH: KAMARUL ZAMAN

Kerana dalam UMNO bagi golongan muda yang cerdik pandai langsung tidak
diberi peluang untuk jadi pemimpin dalam parti apa lagi jadi wakil rakyat kalau
adapun baru beberapa orang saja bilangannya.

Jadi jangan hairan kalau bangsa Melayu yang berpelajaran tinggi menyertai
DAP atau PKR dan PAS sebab mereka mempunyai ruang dan peluang yang besar,
sekarang DAP semakin diterima oleh bangsa Melayu, akan tetapi kalau bangsa
Melayu menjadi ahli DAP mereka telah dilibelkan sebagai pengkhianat negara dan
bangsa lagi dicap mereka murtad.
Ahli Parlimen Seremban, (DAP) Anthony Loke (gambar) berkata, blogger
pro-Umno yang menuduh beliau sebagai cuba menipu orang Melayu sebenarnya rasa
terancam dengan usaha DAP mendekati orang Melayu.

“Mereka rasa terancam dengan usaha kita mendekati masyarakat Melayu.
“Program yang saya anjurkan sempena bulan Ramadan adalah merupakan
sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Seremban dan ADUN
Chennah.
“Aktiviti turun padang merupakan kerja saya sebagai wakil rakyat.
“Program yang saya jalankan dengan umat Islam sempena bulan Ramadan ini,
adalah program umum yang dijalankan secara terang-terangan, bukannya saya buat
secara tersorok.
“Dakwaan blogger tersebut kononnya saya cuba menipu orang Melayu
sebenarnya merupakan dakwaan yang merendah-rendahkan kebijaksanaan orang
Melayu.
“Masyarakat Melayu cukup matang dan bijak untuk menilai sama ada sesuatu
perkara itu baik atau buruk,” kata Loke.
Apabila ditanya dakwaan beberapa pihak yang mengatakan DAP memperalatkan
orang Melayu, apabila ada kecenderungan di kalangan anak muda Melayu menyertai
DAP seperti Dyana Sofya dan Syefura Othman; Loke berkata ini akan membantu
perubahan landskap politik negara.
“Jika orang Melayu tidak lagi takut pada DAP, Umno tak ada senjata.
“Senjata utama Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP,”
ujar Loke.
Sejak bulan Ramadan bermula, Loke menganjurkan banyak program seperti
majlis berbuka puasa, memberikan sumbangan kepada fakir miskin dan surau, serta
mengedar buah kurma di bazar Ramadan.
Aktiviti beliau tertumpu di kawasan Parlimen Seremban dan kawasan Dewan
Undangan Negeri Chennah, di mana Loke juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Chennah di bawah Parlimen Jelebu
Jika orang Melau tidak lagi takut pada
DAP, UMNO akan kehilangan taring dan senjata yang paling bernilai dan berharga
Dalam perkembangkan yang berkaitan di Sabah mulai menular warga bumputera Islam dan bukan Islam ramai yang telah menyertai DAP khususnya di Sandakan DAP di bawah pimpin Stephen Wong Pengerusi Perhubungan DAP Sandakan merankap Ahli Parlimen Sandakan semakin mendapat sambutan di langanan orang-orang Melayu.
Sebab mereka sedar DAP adalah sebuah parti untuk semua kaum yang ada di negara ini ia bukan parti perkauman seperti yang sering didakwa oleh UMNO/BN
PERINGATAN: Free Sandakan Today.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.