OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE


“When Germany whacked Brazil I unintentionally said
something that hurt the feeling of the people in Germany. MY SINCEREST APOLOGY.
LONG LIVE BUNG,” (Apabila Jerman hentam Brazil, saya dengan tidak sengaja
mengatakan sesuatu yang menyakiti perasaan rakyat Jerman. SAYA MOHON MAAF
DENGAN TULUS IKHLAS. PANJANG UMURNYA BUNG), tulisnya dalam tweet terbarunya.
Tweetnya awal pagi semalam yang memuji Adolf Hitler
menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna Internet, dengan Duta Jerman ke
Malaysia Holger Michael menyifatkan kenyataannya sebagai “tidak boleh
diterima.”

Pada 5.30 pagi semalam, Bung menghantar tweet:
"WELL DONE... BRAVO... LONG LIVE HITLER..." (SYABAS... TAHNIAH...
PANJANG UMURNYA HITLER) selepas kemenangan Jerman.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu
kenyataan berkata: “Kenyataan Bung tidak boleh diterima dan salah. Dia akan
menarik kembali kenyataan itu.”
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau
rakyat biasa di Malaysia, yang memahami sejarah Eropah yang tragis dan
menghormati perpaduan modennya.
“Ini merupakan masa untuk Jerman meraikan
kemenangan dan kita ucapkan semoga berjaya dalam peringkat akhir nanti.”Kata Najib.
No comments:
Post a Comment