Sunday, 15 February 2015

KESAL SEGELINTIR PENIAGA IKAN SIMBAH IKAN GUNA AIR MAYAT...SALEENA-SHIRLEY CHIEN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN- Ekoran dakwaan orang ramai yang mendakwa ikan besar seperti ikan merah,ikan putih, ikan tongkol dan ikan panic  telah disuntik/disimbah  dengan air mayat (air keras) tidak boleh dipandang ringan ia perlu diambil tindakan serius  kepada para peniaga terbabit berbuat demikian.
       
Tindakan segelintir  peniaga yang tidak bertanggungjawab menyuntik dan menyiram ikan-ikan yang dijual dipasar-pasar berkenaan ia boleh mengancam dan memudaratkan manusia kalau setiap kali memakan ikan-ikan tersebut.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tanjung Papat Saleena Titi berkata perkara begini tidak boleh dibiarkan  begitu saja kerana para peniaga yang terbabit boleh  dakwa di bawah undang-undang  Akta Racun 1952.

“Dengan ini saya minta kerjasama pihak Jabatan Perikanan untuk memantau dan menyiasattkan terperinci keatas dakwaan itu jika benar perlu diambil tidakan undang-undang.” Ujarya



Salinan berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan media berhubung dengan fenomena tersebut sambil menyatakan kekesalan terhadap segelintir peniaga ikan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko dan akibatnya.

Sementara komen Ketua Bahagian PBS Tg Papan Puan Shirly Chien yang baru sebentar tadi dihubungi melalui panggilan telefon turut kesal terhadap perbuatan para peniaga ikan jika benar apa yang didakwa orang ramai bahawa ikan-ikan tersebut disimbah air mayat (Air Keras) Jabatan Perikanan harus ambil tindakan drastic kepada peniaga terbabit.

“Saya amat memandang serius terhadap perkara ini dan tidak boleh biarkan begitu saja jelas boleh membahayakan manusia” kata Shirley.

No comments:

Post a Comment