Tuesday, 17 February 2015

MP SANDAKAN LAWAT PUSAT DIDIKAN KANAK-KANAK CACAT BEATRICE

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN;- Kata -kata  seperti ini buat kita sayu dan terharu. Tidak ku minta lahir ke dunia Tidak ku duga cacat begini Bukan ku minta kasih dan manja Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai temanKu menumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua.
  
Itulah hakikat dan nasib sebenarnya yang telah menimpa kepada saudara-saudara kita khususnya  Orang Kurang Upaya (OKU)  hanya menagih simpati dan belas ihsan daripada orang-orang yang normal mendapatkan kasih sayang. 

Rasa sebak didada bila kita melihat orang-orang kurang upaya   seperti patung tidak bernyawa  terlentang diatas katil hanya mulut saja bisa bergerak namun semua anggota badan tidak mampu tidak bermaya untuk bergerak.

Dimusim-musim menyambut Tahun Baru Cina ini ramai orang yang simpati terhadap golongan OKU sama ada ditempatkan di Taman Didikan  Cacat Beatrice Jalan Pantai dan juga ditempatkan di Rumah Amal Cheshire Home Sandakan mereka terus diambil perhatian orang-orang yang bergelar insan bukan sekadar melawat kepusat-pusatan penempatan OKU bahkan mereka telah dibaru bantuan makanan dan lain-lain keperluan dan juga menerima Ang Pau Tahun Cina.


Pagi tadi satu rombongan dari DAP Sandakan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, bersama Frankie Poon, Goerge Hiew dan Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dab beberapa orang ponyokong parti turut melawat kepusat Taman Bimbingan Kanak-Kacak Beatrice sambil memberi Ang Pow dan buah tangan berbentuk makanan dan lain-lain  keperluan.

Setibanya rombongan itu mereka telah disambut oleh Penguasa  Pusat Didikan Kanak-Kanak Cacat  Puan Nuriah Abdullah dengan penuh kemesraan.

Wong bagi pihak  DAP dan Pejabat Parlimen Sandakan merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Nuriah kerana memberikan kerjasama  untuk membolehkan pihaknya membuat lawatan sambil menghulur bantuan.

Mereka kemudian diberi sikit taklimat daripada Penguasa Pusat ini mengenai keadaan pusat itu yang serba-serbi mencukupi dari fasiliti yang diperlukan.











No comments:

Post a Comment