Tuesday, 17 February 2015

ORANG CACAT PENGLIHATAN TIDAK TERPINGGIR MALAH MENDAPAT PERHATIAN ...WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Orang Kurang  Upaya Cacat Penglihatan (Buta) tidak terpinggir masih ada orang dan insan yang lain menyayangi mereka.
 
Mereka sudah semestinya mereka dimahu   dilahirkan sebegitu rupa tapi semuanya takdir yang menentukan nasib seseorang insan yang dilahirkan kedunia  ini dalam keadaan serba serbi kekurangan.

Sempena menyambut Tahun Baru Cina bakal jatuh pada 19hb  Februari ini satu rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai Oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong telah membuat lawatan  amal ke Pusat Orang-Orang Buta Taman Cahaya Sungei Manila sambil memberi Ang Pow dan bantuan-bantuan lainnya kepada penghuni Wisma Taman Cahaya.
 
“Walaupun kami ini ahli daripada pembangkang kami juga mempunyai sifat-sifat kasih sayang terhadap insan-insan yang kurang upaya sambil kami melawat melihat-lihat situasi  mereka sambil juga kami menghulur sedikit bantuan yang kami termampu kepada penghuni Taman Cahaya” jelas Wong.





No comments:

Post a Comment