Tuesday, 10 February 2015

JALAN BULATAN DEPAN MASJID DAERAH PERLU DIPASANG LAMPU ISYARAT

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

SANDAKAN:- Jalan bulatan di depan Masjid Daerah perlu dipasang lampu isyarat untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya yag amat mengerikan.

Jalan bulatan itu tiada langsung papan tanda dipasang sebagai panduan kepada para pemandu yang melalui jalan tersebut sehingga banyak mengorbankan nyawa apabila berlakunya kemalangan.

Pada tahun 2014 mulai Januari sehingga akhir Disember 2014 kemalangan yang membabitkan motorsikal  sahaja sebanyak 10 kejadian sementara yang membabitkan kenderaan sebanyak 6 buah.

Kemalangan yang membabitkan motorsikal dalam 10 kemalangan yang berlaku di jalan bulatan itu hanya 4 sahaja yang selamat mana kala 6 lainnya  mati kojol semua  kes kemalangan tersebut buang kes begitu sahaja  tanpa  dbawa kemahkamah untuk dibicarakan.

Sementara kemalangan yang membabitkan kenderaan sebanyak 5 kes 2 daripadanya selamat 3 mati ditempat kejadian.

Pada bulan Januari 2015 kemalangan agi berlaku membabit dua kenderaan  mereka semua selamat yang membabitkan motorsikal 4 orang semuanya mati serta merta dan termasuk kemalangan yang berlaku kelmarin pun dilaporkan mati juga.

Walaupun jalan bulatan itu telah banyak mengorbankan nyawa dalam setahun 2014  mahu juga 15 orang namun pihak Jabatan Kerja Raya yang bertanggungjawab keatas jalan raya mereka macam tidak memperdulikan langsung apa yang sudah berlaku dijalan bulatan itu.

Dicadangan untuk mengelakan dan mengurangkan aksiden terutama sekali yag membabitan motorsikal seharusnya Jurutera Bahagian JKR agar mengambil alternative untuk memasang Lampu Isyarat di Jalan Bulatan tersebut.

Kegagalan pihak JKR memasang lampu syarat di Jalan Bulatan itu akan ramai para pemandu dijangka sebayak 90 peratus mereka bakal menjadi mangsa korban dalam nahas jalan raya yang berlaku dibulatan itu ini pastinya berlaku perkara boleh dielakan lagi.

Pendek  kata Jalan Bulatan didepan Masjd Daerah adalah salah satu jalan maut siapa yang memalui dijalan itu jika tidak berhat-mati liang lahat kain kafan batu nisan dan keranda sudah menunggu kepulangan para pemandu ke rahmatullah 



No comments:

Post a Comment