Sunday, 8 February 2015

WANITA UMNO SANDAKAN BERJAYA MENDAFTAR PEMILIH BARU 3,500 DAN KEMASUKAN UMNO 4,500 ORANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Program Gerakan Daftar Pemlih bagi pengundi baru dan penukaran alamat tempat penggundi anjuran Pergerakan Wanita Bahgan UMNO Sandakan yang dikendalikan oleh phak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diadakan di depan perkarangan Hotel Ibis Water Front mendapat yang luar biasa.

Program yang dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah dianggarkan lebih 700 orang sama ada daftar pemilh baru dan penukaran alamat pada hari pertama dilancarkan.

Sementara mendaftar menjadi Ahli UMNO Sandakan pada hari pertama ia dibuka Wanita UMNO Sandakan telah berjaya  menerima pendaftaran kemasukan  ahli UMNO telah mencecah seramai 2,300   dijangka pada hari esok lebh ramai mendaftar sama ada untuk daftar pemilih baru atau mendaftar  untuk kemasukan menjad ahli UMNO Sandakan diagarkan akan mencecah 4,500   orang.

Dalam taklimat ringkas Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Norani  Sulong antara lain menjelaskan kemasukan beramai-ramai ke UMNO Sandakan  ini dijangka akan bertambah  sehingga 3,000 hingga 4,000 orang  sementara  daftar pemilih baru SPR pengundi baru termasuk penukaran tempat mengundi di dua-dua kawasan zon Elopura dan Zon Tanjung Papat akan bertambah 3,500 orang.

“Ini satu penanda baik kepada UMNO Sandakan dengan penambahan ahli baru yang begitu ramai berbanding dengan bahagian-bahagian UMNO lainnya ianya boleh dikategorikan di masukan dalam Malaysia Of Book Record

Begitu juga ramai pengundi-pengundi  dari kawasan lain mereka yang tinggal di Taman Mesra 90 peratus mereka  telah menukar undi di kawasan Elopura ini salah satu sebab mereka menukar tempat mengundi baru kerana  alamat mereka yang  tercatat di Taman Mesra  Batu 4 Jalan Utara .








No comments:

Post a Comment