Thursday, 5 February 2015

BANYAK MASALAH DIPASAR UMUM TIDAK DIAMBL TINDAKAN OLEH MPS.......DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:-  Banyak masalah yang berlaku di Pasar Umum bandar yang tidak dapat diselesaikan sehingga kehari ini oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Antaranya kebocoran siling, banyak kipas angin tidak berfungsi dan beberapa tempat kotor semua masalah yang timbul ini nampaknya pihak MPS memang sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku  dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan di kalangan para penjaja atas kelemahan-kelemahan pentadbiran MPS

Aduan mengenai fenomena itu diterima pagi tadi daripada beberapa orang penjaja yang menemui  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  yang secara kebetulan  beliau dan rombongan  yang terdiri daripada ahli-ahli DAP berada di pasar berkenaan ketika  membahagi-bahagikan Kad Ucapan dan jemputan rumah terbuka Tahun Baru Cina.


“Sepatutnya pihak MPS harus peka dan prihatin terhadap apa jua masalah yang berlaku di pasar umum itu dan mengambil langkah-langkah alternative  membaiki segala kerosakan bukannya membiarkan begitu sahaja sehingga menyusahkan rakyat dengan tindakan pihak MPS itu tidak selaras dengan cogan kata “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”

Wong berkata  perkara ini ianya boleh diselesaikan dengan mudah kalau semua laporan yang diterima daripada para penjaja yang membuat aduan diambil tindakan segera.

“Bukan kah  MPS telah melantik bebarapa orang ahli majlis (Kaunselor) yang memegang  peranan masing-masing dalam satu-satu tugasan yang dipertanggungjawabkan kenapa kaunselor-kaunselor yang menjaga bahagian pasar mereka tidak membuat tinjauan untuk memantau segala keperluan para penjaja yang bermasalah” ujarnya.

“Kalau semua kaunselor yang tidak lantik itu mempunyai rasa tanggungjawab dalam melaksankan satu-satu ketagori  tugasan yang diberikan saya rasa semua masalah-masalah kecil dapat diatasi dengan mudah.


Ini semuanya disebabkan oleh kegagalan para kaunselor yang malas  untuk membuat tinjauan kesatu-satu tempat yang bermasalah  lataran segala masalah kecil yang dibiarkan  begitu saja maka menjadi besar” Katanya.

No comments:

Post a Comment