Saturday, 14 February 2015

SESB TURUNAN TARIFF ELEKTRIK DISAMBUT BAIK.....JELAS ZAARIA


OLEH: AZMI AZMAN




SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat dalam menurunkan tarif elektrik  berkuatkuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Zakaria menyambut baik keputusan menurunkan tariff elektrik  kerana ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan industri.

Keputusan penurunan tariff eletrik telah  diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas mesyuarat Jemaah Menteri  di Putrajaya pada hari Rabu.

“Maximus telah mengumumkan pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menikmati penurunan purata kadar tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj, iaitu penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa dalam tempoh ini,” kata Zakaria kelmarin ketika diminta mengulas keputusan menurunkan tarif elektrik oleh Kerajaan.

Sementara itu, menurut Maximus Jemaah Menteri juga umumkan penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) untuk Semenanjung Malaysia, tambah Zakaria.

Zakaria berharap agar ahli perniagaan dan peniaga di Sabah dapat memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api dan tarif elektrik oleh Kerajaan.

“Saya harap para pemborong dan peniaga dapat menurunkan harga barangan mereka untuk kepentingan  masyarakat Malaysia secara keseluruhannya,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Sebelum dari ini, Kerajaan telah menurunkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel  pada 1 Disember  2014 dan 1 Januari 2015, selepas harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan .



No comments:

Post a Comment