Wednesday, 25 February 2015

MPS ENGGAN MEMBAIKI KEBOCORAN PAIP DI BLOK 39 TAMAN MESRA HAMPIR SETAHUN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Memang jelas sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sengaja tidak mahu mendengar  sebarang aduan yang disampaikan oleh penduduk berkenaan jika mereka menghadapi sesuatu masalah  yang boleh membahayakan manusia.

Contoh paling dekat dimana Penghuni Blok 39 PPR Taman Mesra telah membuat aduan beberapa kali dengan pihak MPS mengenai kerosakan (kebocoran) Main Pipe di blok berkenaan  hampir  setahun namun  tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak MPS untuk diperbaiki.

Dalam sehari air yang keluar daripada kebocoran paip itu telah dianggarkan mahu juga 3,000 hingga 5,000 galen  bukan kah ini satu pembarisan namanya.

Yang amat membimbangkan kepada para penghuni blok tersebut percikan air paip itu sangat kuat seandainya percik air itu tadi terkena semua  meter elektrik sudah pastinya berlakunya kebakaran besar yang boleh mengorbankan nyawa seluruh penduduk blok 39 itu hagus/renting.

Wartawan  Free Sandakan Today.Net   sempat merakamkan gambar mengenai kebocoran paip sebaik saja menerima panggilan dari beberapa orang penduduk blok tersebut.

Menurut seorang penduduk Puan Sopiah (Gambar) menunjukkan kearah paip bocor itu antara lain menjelaskan kebocoran itu memang sudah lama tetapi tiada tindakan langsung diambil oleh pihak MPS walaupun kerosakan/kebocoran paip itu telah dilaporkan namun sehingga kehari tiada apa-apa tindakan dibuat untuk membaik pulih kerosakan yang dimaksudkan.


“Saya selaku mewakili penduduk Blok 39 Taman Mesra memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapatlah memperbaiki kebocoran paip itu demi mengelakan sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk ini” katanya.

No comments:

Post a Comment