Tuesday, 17 February 2015

WARGA TUA DAN OKU DIRAIHKAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK CNY....DAP


SANDAKAN:- Penghuni warga tua di Rumah Warga Tua Sri Harapan dan orang-orang kurang upaya dari Rumah Amal Cheshire Home Sandakan  telah diraihkan  majlis jamuan makan tengah hari sempena bakal menyambut Tahun Baru Cina  bertempat di Dewan Sebaguna Sri Harapan dekat sini tengah kelmarin.

Program itu adalah anjuran DAP dan kerjasama Pejabat Parlimen Sandakan yang diketuai oleh MP Sandakan Stephen.

Selain mereka menjamu selera mereka juga menerima Ang Pau Kong Hee Fatt Choi daripada Wong untuk kegunaan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tiga hari lagi dari sekarang disamping mereka itu telah dihiburkan oleh tarian singa.

Wong selaku Ahli Parlimen Sandakan turut mengucapkan terima kasih kepada Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan kerana memberikan kerjasama kepada pihaknya untuk menjayakan program tersebut.

“Walaupun kami dipihak pembangkang kami juga mempunyai rasa kasih sayang terhadap orang-orang tua yang telah tersisih daripada keluarga mereka terutama sekali mereka yang  bakal  menyambut tahun baru cina” Jelas Wong.





Semasa Wong dan rombongan mengagih-agihkan Ang Pao kepada penghubungi Sri Harapan telah sempat menemui seorang tua iaitu Amat Lajim 65 tahun yang pernah bergelandangan di bandar ini selama lebih tiga puluh tahun kerana sakit mentel tiada sesiapapun  yang ambil peduli

Sekarang Amat Lajim sejak tinggal jadi penghuni dirumah Warga Tua atas bantuan tempohari oleh pegawai pejabat Parlimen Sandakan keadaannya kini  kelihatan lebih sihat dan  gembira apa tidaknya segala makan  dan  pakai dijaga dengan semporna oleh warden Rumah Warga Tua.




No comments:

Post a Comment