Tuesday 10 February 2015

RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) PERLU DILAKSANAKAN SEGERA....GESA ZAKARIA


Zakaria (kiri) dan pegawai-pegawainya sedang mendengar  taklimat dari Chung (2 dari kiri)
Di Bilik Mesyuarat JPS Sandakan kelmarin




Zakaria (tengah) dan pegawai-pegawainya dari UPPM Gum Gum mendengar taklimat dari Jurutera Daerah JPS Sandakan Ir Chung Chan Ngee (belakang, kanan)





OLEH: ROBERT LO THIEN LOI


SANDAKAN:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri supaya mempercepatkan usaha melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Sungai Gum Gum dan Sungai Memanjang.


“Saya memohon kepada pihak JPS supaya kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir (RTB) ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin untuk mengatasi masalah banjir y


ang berlaku setiap tahun di kedua-dua perkampungan tersebut apabila hujan turun berterusan,” kata Zakaria

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bercakap kepada media selepas mendengar taklimat terperinci berhubung dengan perancangan dan langkah RTB JPS Sandakan untuk kawasan Gum Gum oleh Jurutera Daerah IR Chung Chan Ngee di pejabat JPS kelmarin.

Menurut Zakaria, tujuan lawatan beliau bersama pegawai-pegawai beliau dari UPPM Gum Gum termasuk Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PP) Kamal M Said, adalah untuk mengenalpasti dan mencari penyelesaiaan terhadap masalah banjir di Kampung Gum Gum dan Kampung Sungai Memanjang.

“Pejabat UPPM Gum Gum sedia bekerjasama dengan pihak JPS dan MPS dalam perkara ini demi kepentingan dan kebaikan penduduk di kampung-kampung berkenaan,” tambahnya.

Dalam taklimat berkenaan, Jurutera Daerah JPS Sandakan IR Chung Chan Ngee memberitahu bahawa pihak JPS telah mengemukan permohonan kepada Kerajaan untuk peruntukan bagi melaksanakan projek/program RTB untuk kawasan Gum Gum di bawah Rancanngan Malaysia Ke-11.

“Untuk mengatasi masalah hakisan tebing Sungai Gum Gum sepanjang 150 meter  yang disebakan oleh hujan lebat dab kejadian banjir sejak 14 Januari ini,
JPS Sandakan telah mengemukakan permohonan kewangan di bawah AP55 (perbelanjaan darurat) kepada Pengarah JPS Negeri,” tambah Chung.

“Difahamkan Pengarah JPS telah memohon kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan ini. Pihak kami akan melaksanakan kerja-kerja dalam tempoh terdekat  sebaik sahaja mendapat peruntukan itu,” jelasnya kepada Zakaria.

Chung turut memberitahu bahawa pihaknya  telah mengambil beberapa kaedah dalam pengurusan banjir di Sandakan. Diantaranya ialah mengadakan pengawalan melalui Majlis Perbandaran Sandakan untuk memastikan pemaju menwujudkan sistem perparitan  yang efektif di sesuatu kawasan yang hendak dibangunkan dan juga memohon peruntukan dari Kerajaan untukj melaksanakan kerja-kerja pembetulan di kawasan-kawasan sedia ada yang mempunyai masalah banjir

No comments:

Post a Comment