Sunday, 15 February 2015

BETUL-BETUL KPDNKK GAGAL KENAIKAN HARGA BARANGAN 90 PERATUS PENIAGA BESAR KEPALA

SOROTAN DARIPADA KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI (SSJ)

SANDAKAN:- Penurunan bahan api minyak RON RM1.70 tidak membawa kesan atau impak kepada para peniaga di daerah ini, malahan mereka masih lagi menaikan harga barangan keperluan hingga 90 peratus.

Tambahan lagi dimusim-musim perayaan untuk menyambut tahun baru cina para peniaga begitu nmudah sewenang-wenangnya menaikan harga barangan yang paling tinggi berbanding sebelumnya.

Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sandakan Puan Saleena Titi (gambar) menyarankan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) agar membuat serbuan menyejut keprimes-primes dan gedung-gedung perniagaan untuk memastikan dan memantau harga barangan tersebut.

“Ini mungkin kegagalan pihak KPDNKK membuat pantau jadi para peniaga sesuka hati menaikan harga barangan dimusim-musim perayaan tahun baru cina” katanya.
 
Begitu juga direstoran-restoran mamak mereka menjual makanan dan minuman yang harganya terlalu tinggi contohnya Kopi harga sebelumnya segelas Cuma RM1.20 kini telah mencecah RM2.50 roti canai kosong harga sebelumnya cuma RM1.20 kini harga RM2.40 sekeping.

Dalam pada itu Saleena bagi pihak PBS Tanjung Papat menyambut baik peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Kudat yang begitu pro aktif telah menyita dan mendenda terhadap lebih 20  peniagaan yang didapati mereka telah melanggar Akta Kawalan Harga Dan Antipencatuttan 2011.

Jadi erti kata lain tambah Saleena penurunan harga minyak petrol jatuh menjunam benar-benar tidak membawa  membaikan  malahan para peniaga tetap berdegil tidak akan menurunkan harga barangan walaupun di seluruh Semenanjung mereka telah berbuat demikian atas arahan pihak KPDNKK.
  
“Ini semuanya berpunca daripada sikap kurang bertanggungjawab dan langsung tidak memperdulikan langsung para peniaga menaikan harga barang diluar kemampuan pengguna sehingga menimbulkan kerasahan di kalangan masyarakat terutama sekali mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina hanya tingga beberapa hari saja” jelas Pegerusi Perlindungan dan Kepenggunaan Sabah (CAPS) Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad yang dihubungi pagi tadi,

“Saya saranan piihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penyiasatan terhadap gerak-gerik para pegawai KPDNKK Sandakan kenapa tiada tangkapan  dibuat terhadap para peniaga yang telah menaikan harga barangan kemungkinan ada konspirasi antara satu sama lain” tegas Ali.





No comments:

Post a Comment