Sunday, 8 February 2015

SUNTIK IKAN GUNA AIR MAYAT RAMAI PENDUDUK BAKAL MAMPUS KERACUNAN

KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI




TINDAKAN para peniaga di bandar-bandar utama yang menyuntik ikan-ikan dengan menggunakan  air keras (air mayat)  telah terbongkar di Keningau, Sandakan dan Lahad Datu

Kebanyakan jenis ikan yang disuntik itu ialah ikan merah, ikan putih dan termasuk ikan panik  (ikan tongkol )  dan semangin (menangin) supaya ikan-ikan tersebut  jual dipasaran akan bertahan lebih lama seperti mana mayat kalau simbah air keras dan tidak mudah reput bertahan berbulan-bulan.

Berhubung dengan isu ini saya ingin merujuk berita yang tersiar di Sabahkini.Net yang bertajuk APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN  t pada 6hb Februari 2015. 

Perkara menyuntik ikan menggunakan bahan pengawet atau air mayat (Air Keras) lama sudah diketahui umum tetapi mereka tak ambil kisah walaupun ikan-ikan yang disuntik itu bila dimakan aka membawa kemudaratan kepada manusia  seperti dapat sakit  kanser.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syabas atas kebaranian Naib Presiden Angkatan Pertubuhan Sabah (APS) Paul Kadau  yang membongkar aktiviti-aktiviti menyiraman air mayat keatas ikan-ikan tersebut.


Ini semuanya berpunca daripada  ketiadaan  pemantaun oleh Jabatan Perikanan maka kegiatan menyuntik ikan dengan menggunakan air mayat semakin menjadi-jadi di kalangan sesetangah peniaga ikan di beberapa bandar utama ini.

Bagi pendapat para peniaga berbuat demikian mereka langsung tidak mengambil kira soal memudaratkan manusia yang mereka fikir ialah keuntungan  saja kamu mampus-mampuslah apa kami peduli itu yang sering main dikepala otak
mereka.

Petikan berita yang ada hubung kaitan isu tersebut

APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN

Oleh: DARREL MAT SALONG



PAUL KADAU selaku Naib Presiden APS.

KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau memandang serius kegiatan segelintir pembekal ikan ke daerah pedalaman khususnya di Keningau dipercayai telah memasukkan ubat ‘Pengawet Mayat’ ke dalam ikan menggunakan suntikan berdasarkan rakaman video yang dihantar ke pihak APS.

Justeru, Jabatan Perikanan dan juga lain-lain agensi yang berkaitan digesa agar melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pembekal-pembekal ikan sebelum ianya diedarkan atau dijual ke setiap daerah di negeri ini, kata Pengerusinya Paul Kadau, ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

APS Keningau telah menerima rakaman video iaitu pembekal-pembekal sedang memasukkan ubat pengawet mayat itu ke dalam ikan mengunakan ‘injection’ namun tidak diketahui jenis pengawet yang digunakan, tegasnya.

“Saya difahamkan perbuatan ini sudah lama diamalkan oleh beberapa pembekal ikan agar ikan laut kelihatan segar dan tahan lama tanpa menghiraukan kesihatan orang ramai.
 
“Ramai penduduk terutama sekali pembeli ikan merungut dan merasa hairan mengapa rasa kelazatan ikan laut sejak kebelakangan ini apabila dimakan rasanya tidak sedap terutama sekali apabila digoreng,” ujarnya.

Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyalahkan para penjual ikan di mana-mana pasar ikan di pedalaman kerana mereka sebenarnya langsung tidak menyedari masalah tersebut.

Tambahnya, pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Perikanan agar mengambil perhatian serius perkara tersebut serta mengambil tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada terhadap pembekal ikan yang didapati mengunakan ubat mayat.

Hal ini kerana, perbuatan sedemikian tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesannya akan menjejaskan kesihatan manusia pada keseluruhannya secara jangka panjang, tegasnya. 




No comments:

Post a Comment