Saturday 25 January 2014

71 NELAYAN DAN 43 PENJAJA MASING-MASING TERIMA PERALATAN



Written by Admin
Saturday   25 January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO LEONG CHOW CHU


SANDAKAN:  Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk terus membantu rakyat jelata untuk meningkatkan taraf dan mutu hidup rakyatnya terutama sekali tinggal dipersisiran pantai  dan daratan.

Kerajaan memang  prihatin dan sentiasa mencari penyelesaian untuk mengatasi  pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat disetip sudut ,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin  sejurus selepas menyampaikan bantuan peralatan kepada nelayan dan petani dibawah program Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di sini kelmarin dulu.

Pelbagai program dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat khususnya dalam meningkatkan sosio ekonomi penduduk di luar bandar, tambah Linda.

Justeru itu, beliau berharap para penerima akan menggunakan peralatan yang diberi itu dengan  sebaik-sebaiknya bagi tujuan meningkatkan hasil-hasil tani dan  hasil angkapan  laut.

Seramai 71 nelayan telah menerima bantuan payung manakala 43 penjaja lainnya telah menerima meja untuk menjual hasil-hasil mereka di Pasar Tanah Merah di bawah program MPPP Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Turut hadir Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.




No comments:

Post a Comment