Saturday 18 January 2014

WANITA UMNO SANDAKAN DAN BIRO PEMADAM SANDAKAN MEMBERI BANTUAN 24 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN




Wiitten by Admin
Saturday January 18,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
  
SANDAKAN:- Seramai 24 keluarga mangsa kebakaran Kampung  bakau Batu 2 Jalan Utara dekat sini  pentang tadi mereka masing-masing menerima bantuan dan sumbangan berupa makanan daripada Wanita Bahagian UMNO Sandakan

Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong telah menyampaikan bantuan tersebut turut disaksikan sendiri oleh Pengerusi JKKK Kampung Baru TB Ward Batu 2  Hajah Ainah Amit  dan hadir sama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohamed Hj Utung@ Abdul Hamid

Menurut Noraini tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa terbabat yang terlibat dalam tragedy kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang itu.

Kita sebagai insan harus simpati  kepada seseiapa yang telah ditimpa musibbah dan ini juga merupakan satu amal jariah dan ibadah untuk membantu sesama insan yang memerlukan.

Sambil itu Noraini mengucapkan terima kasih  kepada pihak JKKK Kampung  Baru TB Ward terutama sekali pengerusinya Hajah Ainah Amit kerana memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Wanita Bahagian UMNO Sandakan dalam majlis upacara penyampaian bantuan tersebut  kepada mangsa terbabit.

“Saya amat berharap  agar kerjasama sebegini antara JKKK  Kg Baru TB Ward di bawah pimpinan  Hjh Ainah  dengan  Wanita UMNO Sandakan di bawah pimpinan saya sendiri dan kita mahu  kerjasama  yang terjailin seumpama ini bukan saja sampai di sini saja  bahkan terus berkekalan sampai bila-bila sahaja lagipun kita adalah satu perjuuangan dan satu bahtera dalam UMNO dan lupakan selisehan faham yang tidak membawa  sebarang  menfaat itu” ujar Noraini.

Sementara Wartawan Free Sandakan Today.com yang sempat menemu bual secara ringkas dengan Pengerusi JKKK Kg berkenaan Hjh Ainah menjelaskan antara dia (Ainah dengan Noraini) tiada apa-apa masalah dalam mewujudkan kerjasama antara satu sama yang lain demi perpaduan yang intim.

Dalam pada itu Biro Hal Ehwal  Wanita PEMADAM Daerah Sandakan yang diterajui oleh Noraini Sulong sebagai Pengerusi badan NGO itu pihaknya turut menderma berupa wang tunai kepada 24 keluarga mangsa kebakaran tersebut.

“Dengan adanya sumbangan wang tunai yang tidak sebesar mana jumlahnya itu daripada PEMADAM ini sedikit sebanyak boleh diperlukan untuk perongkosan  membeli barang-barang keperpuan seharian.

Dalam mengagihkan bantuan tersebut  pengerusi JKKK Kg Baru TB Ward  Hjh Ainah Amit   turut beri penghormatan  oleh pihak PEMADAM  bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada mangsa-mangsa berkenaan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PEMADAM atas keprihatinan dan simpati  memberikan sumbangan tersebut.

 HARMONI.....Inilah yang kita mahu jalinan mesra antara satu sama lain seperti yang ditunjukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dengan Pengerusi JKKK Kg Baru Tb Tb Ward Hjh Ainah Amit kekalkan  semangat kerjasama semoga hubungan mesra antara Ainah dan Noraini terus terjalin sampai bila-bila masa sahaja (Sejuk Perut Ibu Mengandung) semoga ini dijadikan  contoh terhadap mana-mana pemimpin yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya atas apa yang telah menimpa dirinya...Amin

No comments:

Post a Comment