Thursday 9 January 2014

LDP BAGI SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG BAKAU LIM MING HO



Written by Admin

Thursday January 09,2014-01-09



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO MOHD HJ UTUNG (CDO)

ELOPURA:- Nampaknya mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bakau Batu 2 Jalan Utara terus mendapat perhatian daripada para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk parti komponen BN iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP).

Ketua Bahagian LDP Sandakan Datuk Lim Ming Ho dan bagi pihak LDP telah menyampaikan sedikit sumbangan dan bantuan kepada 25  mangsa kebakaran itu pagi tadi.

Beliau (Lim) yang ditemani oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Hj Awang Kadin Hj Tang, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tg Papat Suhaidu Awang Damit.

Kata Lim ini adalah atas dasar simpati  para pemimpin kerajaan BN kepada sesiapa saja yang ditimpa musibbah dan bencana alam sudah menjadi tanggungjkawab pemimpin kerajaan BN yang terus membela nasib rakyatnya yang ditimpa kesusahan.

“Saya amat simpati kepada mangsa-mangsa terbabit dan harap bersabar dan kamu sebagai mangsa tidak terpinggir malahan terus mendapat pembelaan sewajarnya” kata Lim kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas upacara mengagih-agihkan bantuan tersebut.


No comments:

Post a Comment