Thursday 30 January 2014

KETUA PEMUDA UMNO SANDAKAN FAKARUDIN BIDAS PENIAGA MENAIKAN HARGA BARANG



Written by Admin
Thursday Januari 30,2014-01-30

OLEH: SHAIMON S JUAMDI
FOTO SAFFIE S JUMADI
 
SANDAKAN:- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sandakan Fakarudin Tan Sri Ampong melahirkan rasa kesal terhadap tindakan para peniaga di negara ini khususnya daerah Sandakan yang mengambil kesempatan untuk  menaikan harga  barang sewenang-wenangnya tanpa memikirkan implikasinya.

Ekoran tindakan para peniaga menaikan harga barangan terdapat segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahkan bulat-bulat kepada pihak kerajaan.

Memang tidak dinafikan Kata Fakaruding dalam sesi temubual eksklusif dengan Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today.com sejurus selepas menghadiri Program 1 Membara Membatu Rakyat sempena majlis Penyampaian 200 bek sekolah kepada murid-murid Sekolah Rendah P186 Sandakan yang disempurnakan Ketua Bahagian UMNO Sandakan petang tadi di Restoran Medan Selera dekat sini.

Tambahnya kerajaan baru menaikan minyak RM.05 sen tetapi para peniaga telah mengambil kesempatan menaikan harga barangan tinggi dengan pelbagai alasan kos pengangkutan juga turut dinaikan.

“Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan sayap kanan kepada UMNO kami akan membantu kepada pihak kerajaan untuk memantau kenaikan harga barangan tersebut bersama-sama pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  bagi  memastikan peniaga-peniaga yang terbabit menaikan harga tersebut bakal berdepan dengan tindakan undang-undang akta kawalan perdagangan 1948” tegas Fakarudin.

Dalam pada itu Fakarudin menyeru kepada masyarakat cina yang menyambut Tahun Baru Cina esok 31 Januari ini supaya berbelanja dengan lebih berhemah dan berjimat cermat memandangkan harga barang-barang keperluan dimusim-musim, perayaan ini yang agak mahal  kerana permintaan terlalu banyak maka berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing.

Selanjutnya Fakarudin bagi pihak seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Sandakan mengucapkan selamat tahun baru Kong Hee Fatt Choi (Gong Xii Fa Cai) kepada sahabat-sahabat cina daripada parti-parti komponen BN.

No comments:

Post a Comment