Thursday 23 January 2014

BIRO WANITA PEMADAM AKAN MESYUARAT AJKNYA PADA 25 JAN INI.....NORAINI SULONG



Written byu Admin

Thursday 23  January 2014



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAN Daerah Sandakan akan mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya buat kali pertama bagi sesi tahun 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat aras 1 Dewan Masyarakat Sandakan.



Mesyuarat yang akan diadakan pada 25 Januari ini bermula jam 9.00 pagi akan dipengerusi sendiri oleh  Noraini Sulong  selaku Pengerusi badan biro tersebut.



Kata Noraini tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan beberapa agenda penting antaranya ialah untuk merangka dan menyusun aktiviti-aktiviti dan program-program untuk sepanjang tahun.



“Semua ahli jawatankuasa Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM yang berkenaan dimestikan datang pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan itu.



Sebarang perubahan masa, tempat dan tarikh akan diumumkan sekiranya berlaku kepada AJK terbabit” kata Noraini kepada Wartawan Free Sandakan Today yang juga selaku Pegawai Akhbar pribadinya iaitu (SSJ)


No comments:

Post a Comment