Monday 27 January 2014

DR FAIZAL HISHAM DILANTIK PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN/PIDATO PEMUDA UMNO SEMPORNA....SAIFULLAH





Written by Admin
Monday 27 January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA:- Naib  Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 Muhamed Saifullah Minggu menyifatkan  pelantikan Dr Faizal Hisham sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Politik/Pidato  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna tepat kena pada tempat dan masanya.

Saifullah berkata ini merupakan satu-satunya  anak jati Semporna dalam sejarah politik UMNO P189 Semporna yang merupakan seorang anak muda yang memegang ijazah kedoktoran buat kali pertamanya seorang doctor pakar perubatan yang telah menganggotai syaf barisan kepimpinan dalam  Pemuda UMNO Sempona.

Saifullah berkata demikian kepada Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today.com  dalam sesi wawancara eksklusif  pagi tadi ketika  minta pandangannya  mengenai pelantikan Dr Faizal dalam kepimpinan  Pemuda UMNO Bahagia Semporna.

“Saya percaya dengan kehadiran Dr Faizal bagi menyandang jawatan tersebut ini akan menguatkan jentera pentadbiran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang merupakan sayap kanan kepada UMNO Bahagian Semporna di bawah kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Datuk Hj Mohd Shaffie Hj Apdal” ujarnya.


“Saya selaku bagi pihak Pemuda UMNO Cawangan Kampung Iar Semporna 1 mengucapkan, Sekalung Tahniah kpd Sdr. Dr. Faizal Hisham diatas pelantikan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Politik/Pidato Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna.

Dan tak lupa juga tahniah diucapkan buat rakan-rakan  AJK yang telah terpilih menggalas jawatan sebagai Pengerusi Biro- Biro  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian  Semporna serta ucapan penghargaan terima kasih diatas kebijaksanaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna  Aziz Jamman yg juga Pengerusi KPTM Malaysia kerana telah berjaya merealisasikan transformasi profesionalisme kepimpinan d kalangan Pemuda-Pemuda  UMNO Bahagian Semporna.” Jelas Saifullah.

Katanya lagi sebagai Pemjuda cawangan Kampung Air Semporna 1 akan terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna dan pucuk pimpinan Ketua Bahagian UMNO Semporna.

“Kami akan menggalas dan menggembling tenaga kami untuk sama-sama berjuang demi UMNO demi bangsa, agama dan negara  dan kami mahu UMNO terus kekal  bertapak di Semporna buat selama-lamanya”tegasnya.

No comments:

Post a Comment