Tuesday 14 January 2014

KEDATANGAN PIHAK TV3 MERAKAMKAN KEROSAKAN JALAN BATU SAPI SATU RAHMAT KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

Written by Admin
Tuesday 14 January  2014


SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI


KEDATANGAN Wartawan TV3 Karam Singh  Valiia ke Batu Sapi untuk merakamkan sambil menemui penduduk-penduduk setempat di kampung berkenaan khususnya penduduk Taman Poh Hing yang dibelenggu masalah kerosakan Jalan tersebut sudah hampir dua tahun tiada sesiapa  yang ingin mengambil tahu ia merupakan satu rahmat yang dinanti-nanti oleh penduduk berkenaan.

Kemungkinan kali ini pendedahan kerosakan  Jalan Batu Sapi di kaca TV3 yang ditonton oleh keseluruhan rakyat di bumi Malaysia ini termasuk para pemimpin besar negara khususnya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dijadikan ikhtibar dan tindakan  selanjutnya  akan dimabil mengenai tangisan, rintihan dan keluhan rakyat Batu  Sapi selama ini.

Terus terang saya katakana walaupun kami sebagai wartawan sama ada dari portal Free Sandakan Today.com mahupun akhbar media cetak New Sabah Times dan akhbar-akhbar lainnya yang berperanan untuk membantu mengwar-warkan dan mendedahkan masalah kerosakan Jalan Batu Sapi yang membelenggu penduduk di situ  kepada pihak kerajaan namun langsung tidak diperdulikan sedangkan  niat kami ikhlas untuk membantu.
  
Apapun kami sebagai wartawan di Sandakan mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang bersusah paya menghubungi TV3 khususnya wartawan sensasi Karam Singh Vallia dan krew-krewnya sekali ke Sandakan khanya di  Batu Sapi untuk merakamkan kerosakan jalan tersebut yang  telah menjadi isu panas di kalangan para pengguna,  Syabas TV3  kami ucapkan kerana membatu kami di disini.
 
Bagi pandangan saya kalau hal ini sudahpun didedahkan di kaca TV3  sendainya tiada reaksi dan tindakan drastic diambil oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan jangan salahkan rakyat kalau pada PRU 14 nanti mereka tidak mengundi calun-calun BN  sebaliknya memberi unding calon-calon pembangkang.
  
Sudah beberapa kali saya menyiarkan masalah ini di portal sama ada di Sabahkini.Net mahpun di portal Free Sandakan Today.,com saya tidak pernah memburuk-burukan kedua-dua  pemimpin  di Kawasan Batu Sapi dan Sekong iaitu ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu  Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin sebab kita  tahu projek  yang dianggarkan menelan kos RM26 juta itu sebenarnya  bukan di bawah peruntukan MP dan ADUN ini adalah peruntukan kerajaan persekutuan dan dibawah selia Jabatan Kerja Raya.

Jalan terbaik sekiranya rakyat tidak puas hati terhadap kerja-kerja pembikinan jalan tersebut walaupun kos amat tinggi tetapi dari segi pelaksanaannya dan struktur pembinaan  tidak mengikut spesifikasi  yang telah ditetapkan  lantaran mereka boleh buat aduan rasmi ke pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) suruh siat terperinci dan cari siapa Main Contractornya dan cari juga siapa Sub Contractor yang bertanggungjawab terhadap projek ini belumpun sampai dua tahun sudah berlubang disana sini.

 Marilah kita sama-sama tunggu apa kah reaksi dan tindakan pihak kerajaan selanjutnya terhadap kerosakan Jalan Batu Sapi yang semakin genting ini yang menyusahkan kepada semua rakyat khususnya penduduk yang tinggal diperkampungan dan taman-taman perumahan zon  Batu-Sapi

No comments:

Post a Comment