Saturday 25 January 2014

BIRO WANITA PEMADAM RANCANG PELBAGAI AKTIVITI 2014.....KATA NORAINI SULONG



Written by Admin
Saturday 25  January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan akan memperbanyakan aktiviti-aktiviti dan program-program  kemasyarakatan  sepanjang tahun 2014  ini selaras dengan matlamatnya sebagai tulang belakang kepada PEMADAM untuk membantu kepada kerajaan dalam menyedarkan kepada masyarakat  bagi  memerangi  penyalahgunaan  najis dadah.
 
‘Pembanterasan pengambilan dadah di kalangan belia dan orang-orang dewasa kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada agensi kerajaan seperti  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semata-mata  PEMADAM yang merupakan badan NGO yang berasaskan konsep membantu pihak kerajaan untuk membanteras gejala tersebut kita harus meneruskan  usaha kita ini selari dengan agenda Biro PEMADAM”

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas beliau mempengerusi Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya bagi kali pertama sesi tahun 2014 ini di Bilik Mesyuarat Aras 1 Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.

Katanya para ibubapa khususnya penjaga harus memainkan peranan bagi mendidik anak-anak mereka dan pastikan mereka tidak bergaul dengan orang-orang yang boleh merosakan akhlaknya kerana  budak-budak remaja begitu mudah dipengaruhi untuk terjebak dalam gejala mengambil dadah.
  
“Dadah adalah musuh ketat negara dalam 100 gram ia boleh membunuh ribuan manusia  lantaran itu sebagai ibubapa harus sentiasa menasihati  kepada anak-anak  jelaskan dadah adalah bahaya dan boleh menghacurkan kehidupan masa depan.” Ujarnya.

Selanjutnya Noraini mengumuman bahawa Biro PEMADAM Cawangan Taman Mesra akan dikembangkan sayapnya ke kawasan taman perumahan tersebut   yang akan dikendalikan bakal Pengerusi Penajanya iaitu Jumatiah Kangkong
 Pada masa terdekat ini.

Turut hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Induk PEMADAN Daerah Sandakan Haji  Jaini Hj Jumari.




No comments:

Post a Comment