Monday 6 January 2014

PROGRAM TURUN PADANG ANJURAN DAP KAMI BERKHIDMAT DI TANAH MERAH DAPAT SAMBUTAN



Written by Admin
Monday 6 January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Program Turun Padang “Kami Berkhidmat” anjuran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sandakan yang diadakan kelmarin minggu pertama di hadapan Pasar Tanah Merah yang bermula dari jam 7.00 pagi hingga jam 10.00 pagi mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Menurut Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang mengetuai program tersebut menjelaskan tujuan program itu diadakan  salah satunya adalah untuk membuka kaunter bagi membolehkan semua rakyat jelata yang mempunyai pelbagai kemuskilan atau masalah membuat aduan kepada para pegawai yang ditugaskan disitu.


Selian itu kata Wang dengan adanya kaunter dibuka dan beroperasi dibeberapa lokasi pada saban hujung minggu ia menjurus untuk mendekati rakyat berintraksi antara satu sama lain.
Antara duan yang telah disampaikan oleh penduduk setempat ialah mengenai kerosakan jalan raya, tempat letak kereta dan berbagai-bagai lagi,  semua duan  yang diterima  direkodkan dan kemudian di kaji  selidik  untuk disampaikan kepada pihak kerajaan.
 
 Dalam pada itu beberapa orang yang ditemui mereka menyambut baik program Turun Padang Kami Berkhidmat yang dianjurkan oleh DAP ini jelas  telah memperlihatkan Ahli Parlimen Sandakan walaupun hanya wakail rakyat Parlimen pembangkang Stephen Wong begitu prihatin untuk membela nasib rakyat yang mempunyai kemuskilan.

Dalam program tersebut juga diselitkan membahagi-bahagikan kalender  bagi tahun 2014 kepada penduduk setempat yang bereda di sekitar kawasan Pasar tersebut.



Turut serta  dalam program tersebut antaranya mantan calon DUN Elopura (DAP) George Hiew, mantan calon  DUN Tg Papat Frankie Poon dan mantan calon Dun Karamunting Calvin Chong.



No comments:

Post a Comment