Sunday 5 January 2014

KETUA WANITA UMNO SANDAKAN TURUT SIMPATI DAN AKAN MEMBERI BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN...NORAINI



Written by Admin
Sunday January 05. 2014

 OLEH: AZMI AZMAN

KOTA KINABALU:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong (Gambar)  turut sedih dan simpati terhadap 30 keluarga yang ditimpa musibbah dalam tragedy kebakaran  di Kampung Bakau Batu 2 Jalan Utara Sandakan awal pagi tadi yang membabitkan 14 buah rumah kayu.

Noraini yang kini berada di Kota Kinabalu  menghadiri Mesyuarat EXCO Wanita UMNO negeri petang ini ketika dihubungi oleh Pegawai Akhbar Pribadinya Saimon S Jumadi (SSJ)  sebentar tadi dan  menyatakan beliau turut simpati  dan rasa sedih dan berdukacita   terhadap  nasib mangsa-mangsa yang telah ditimpa musibbah dan diharap mereka bersabar ini kejadian seumpama  ini semuanya  ada hikmah disebaliknya.

Katanya lagi pihak Wanita UMNO Sandakan akan menemui kepada mangsa-mangsa berkenaan sekembalinya nanti dari Kota Kianabalu nanti dan akan memberi bantuan seberapa yang mampu.

“Saya akan aturkan kepada pegawai-pegawai saya untuk mendapatkan nama-nama mereka yang terbabit dalam tragedy kebakaran tersebut  ini untuk memudahkan pihak Wanita memberikan bantuan yang diperlukan” ujarnya.




No comments:

Post a Comment