Tuesday 21 January 2014

PRODUK DOUBLE STEMCELL TIDAK SESUAI UNTUK ORANG ISLAM KERANA TIADA TANDA HALAL DARIPADA JAKIM



Written by Admin
Tuesday January 21,2014

OLEH: CHARLES P ANDIANG

 

BAHAYA...Produk ini tiada tanda Halal daripada JAKIM dan tiada tanda kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia


KOTA KINABALU:- Orang ramai dihasihatkan supaya berhati-hati bila menggunakan produk Double Stemcell  kerana tidak terdapat tanda halal daripada pihak JAKIM dan juga tanda kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seorang penduduk Kampung Air  yang hanya dikenali Sulaiman Ahmad memberitahu yang enggan gambarnya disiarkan kini ramai orang sudah menjadi ahli  kononnya pendapatan daripada menjual produk tersebut amat menguntungkan.
  
“Tapi malangnya produk ini masih diragui di kalangan umat Islam di negara ini kerana tidak mempunyai tanda halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sama ada ianya boleh dimakan dan juga diragui kerana tiada tanda kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada produk tersebut tidak memudaratkan kesihatan manusia” jelas Sulaiman.

Dalam pada itu Sulaiman meminta pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menyelidik terhadap pengeluaran produk yang tidak jelas itu lagipun syarikat pengeluar produk jenama Double Stemcell tidak berdaftar dengan pihak pendaftaran syarikat.

“Kepada masyarakat Islam bukan saja di Sabah dan Sarawak bahkan di seluruh negeri-negeri di Semenanjung supaya jangan meneruskan menjadi ahli walaupun pendapatan jualan produk dikatakan amat lumayan tetapi kita tidak tahu akan kesan sampingan produk tersebut kerana tiada kelulusan daripada kerajaan teruma sekali pihak Kementerian Kesihatan” tegas Sulaiman.

No comments:

Post a Comment